Saturday, June 2, 2007


Minggu pertama cuti persekolahan bermula. Sekolah cuti?........ emmmm! itu hanyalah catatan di atas kertas sahaja. Realitinya guru dan murid tak bercuti punnnn! Kepada sahabat-sahabat terus bertugas sepanjang cuti ini, selamat mengajar dan senyum-senyumlah selalu!


Minggu ini aku akan menjelajah kawasan utara Malaysia.

Sabtu, 26 Mei
Pagi-pagi lagi aku ke Kota Bharu. Mula-mula servis kereta. Bagi tau kat mekanik tu, servis cam biasa dan sediakan kereta aku untuk buat perjalanan jauh. Habis la dekat RM200 pagi tu. Lepas tu terus ke bandar untuk selesaikan beberapa perkara....... bayar hutang leee hehehe! Ok, semua bill dah selesai sebagaimana 'selesainya' separuh isi dompet aku!

Malamnya buat persiapan terakhir

Ahad, 27 Mei
Sue pagi-pagi lagi sudah ke sekolah kerana dia ada kelas tambahan yang perlu diselesaikan. Aku ke Kota Bharu lagi kerana hendak menyelesaikan urusan 'loan' di DTC.... hehehe, buat pinjaman ni mesti ada projek besar ni kann? yang itu kita cerita semula bila projek tu start nanti.

Pukul 4:00 petang memulakan perjalanan balik ke kampung. Tiga orang anak dara aku tinggal di rumah. Kepada mereka, buat pertama kali aku letakkan kepercayaan untuk menjaga rumah sepanjang seminggu aku dan isteri tiada di rumah.

Perjalanan lancar, sampai di Bukit Bunga, beli buah sikit untuk di bawa balik. Kebetulan jumpa lori yang sedang memunggah bekalan buah dari Siam, kami pun beli sebakul buah mata kucing.

Meneruskan perjalanan, sampai di Jeli, seperti biasa rehat sekejap di Shell. Sejak di Bukit Bunga lagi keadaan jalan agak meriah, dan aku agak malam ini kami tidak akan keseorangan sewaktu melintasi kawasan hutan Timur Barat. Hujan turun sesekali tambah menyejukkan keadaan kawasan tanah tinggi.

Selepas maghrib kami meneruskan perjalanan. Sejak mula mendaki, suasana memang meriah. Entah kenapa, banyak betul kereta malam ini. Melihat ramai yang memulakan perjalanan selepas maghrib, lega la rasanya kerana boleh la konvoi ramai-ramai.

Pukul 9:00 sampai di Grik, lepas makan terus sahaja memandu lagi. Pukul 10:00 lebih sampai di Kg. Pauh. Malam tu terus sembang-sembang dengan abah dan mak, sampai la dekat pukul 2:00

Isnin, 28 Mei
Pukul 10:00 pagi memulakan perjalanan ke Pulau Pinang. Ini merupakan kali pertama aku ke sana menggunakan lebuhraya Utara-Selatan.

Dari Kg. Pauh, aku masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan di Changkat Jering. Jarak perjalanan 91km. Jarak sejauh ini dengan kelajuan memandu yang normal akan mengambil masa 1 jam lebih.

Belum pukul 12:00 kami sudah sampai di Pulau Pinang. Terus sahaja ke Desa Aman Damai, tempat pendaftaran untuk hari ini.

Setelah selesai urusan daftar bilik, Sue terus ke Dewan Utama untuk proses pengambilan gambar kad pelajar. Menjelang pukul 3:00 semuanya selesai untuk hari ini.

Program pendaftaran dan orientasinya akan bermula esok. Melihat isteri ku berbaris ramai-ramai, teringat kenangan sewaktu aku mendaftar di UM dahulu, seronok mengimbau semula kenangan waktu belajar sesama rakan sebaya yang menjadi mahasitua.

Selepas itu aku bawa Sue pusing-pusing kawasan USM. Kebetulan aku agak biasa la jugak dengan kawasan USM ni, kerana aku sering ke perpustakaannya sewaktu mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas selama setahun dahulu. USM memang tempat aku lepak-lepak la dulu, makan pun murah kat sini. Tetapi USM sekarang ini sudah begitu sesak dengan bangunan, tidak seperti dulu.

Selepas pusing-pusing dan tunjukkan tempat-tempat utama di USM, sampai masa untuk berpisah. Ok, sayangg!... selamat tinggal, jaga diri baik-baik!

Minggu ni aku jadi pengasuh Sofia la. Selamat berorientasi dan mengeraskan tapak kaki berjalan di kawasan kampus. Berlatihlah untuk membiasakan diri berjalan kaki semasa kuliah nanti... hehehe!

Aku dan anak-anak meninggalkan USM dengan sayu hati. Sofia lebihlah lagi, tetapi dia tak kata apa-apa, hanya melambaikan tangan kepada ibunya sahaja.

Dari USM aku terus menyusur Lebuhraya menuju kampung. Pukul 6:00 kami sampai di Balun Bidai. Sedih juga kerana kali ini, kami hanya bertiga sahaja. Selalunya bila balik kampung, penuh van ni. Petang itu terus sembang-sembang sahaja dengan acik.

Pukul 9:00 dah tidur. Malam begitu terasa panjang.

Selasa, 29 Mei
Pagi-pagi aku dan acik ke Pejabat Tanah Kampung Gajah. Tujuan pertama ialah hendak membayar Hasil Tanah. Rupa-rupanya Hasil Tanah tu sudah dibayar. Kemudian aku membayar Hasil untuk tapak rumah sahaja. Hendak membayar pinjaman rumah, tak ada pegawai bertugas kerana mereka ada perjumpaan dengan penduduk.

Petang itu ada perjumpaan antara Pegawai Pejabat Setiausaha Negeri dengan penduduk atau peserta Skim Rumah Rakyat. Macam biasalah, isu yang cakapkan ialah masalah tunggakan bayaran pinjaman. Berdialoglah mereka dan bermacam-macamlah cerita dan alasan yang keluar. Malas nak dengar, aku tinggalkan perjumpaan itu.

Kebetulan rambut panjang dan minggu ni tak sempat nak bergunting, maka aku pergi ke rumah tukang gunting rambut di kampung. Aku bergunting rambut dengan Arip ni sejak kecil lagi. Memang dia satu-satunya tukang gunting yang ada di kampung kami.

Terlalu banyak kenangan dalam bab gunting rambut ni. Semasa kecil dulu, aku memang payah nak bergunting, maka setiap kali hendak digunting rambut, aku akan di pegang kiri dan kanan oleh atok dan ungak atau sesiapa saja. Entah kenapa, bila melihat kerusi tukang gunting ni, aku mesti berteriak.... hehehe! itu masa kecik-kecik la.

Sudah lebih 10 tahun rasanya aku tidak bergunting rambut dengan Arip. Sewaktu aku ke rumahnya petang itu, mudah sahaja aku mengagaknya kerana kerusi tukang guntingnya masih berada di situ!

Melihat kerusi tempat duduk sewaktu bergunting ini, kenangan semasa dahulu muncul kembali. Dulu bila menggunting rambutku, Arip selalu akan perli, "ni mesti tidur dengan mak lagi ni!" Kenapa Arip kata begitu? hehehe!.... kerana bila dia menggunting dia akan nampak telur kutu yang menghuni kepala ku!

Seperti biasa semasa menggunting rambut, Arip akan bercerita dan bersembang-sembang.

Kalau dahulu, kerusi ini berada di bawah pokok manggis, tetapi sekarang ini di bawah bangsal yang ala kadar sahaja. Walau pun begitu, latarnya tetap sama.... suasana yang sunyi, sejuk dan damai di kawasan kebun getah. Di bawah kerusi itu ialah rambut-rambut yang sudah menjadi permaidani.

Barang kali dulu aku takut untuk bergunting rambut kerana melihat rambut di bawah kerusi tu la kot!... hehehe

Satu hal lagi yang menariknya ialah... sejak dahulu hingga kini, Arip ni ku lihat seperti tidak dimakan usia. Orangnya tetap segak dan mancho! Bagaimana Arip dahulu, begitulah wajahnya sekarang. Kumisnya tetap terjaga rapi. Kira macam hero filem melayu la!

Kebetulan aku membawa kamera, dan aku rakamkan antara ikon kampungku yang masih ada ini.

Rabu, 30 Mei
Sewaktu sampai di kampung hari isnin tu, mak tanya... "ni balik nak ambil dia ke Kelantan ke?" Aku pun tanpa berlengah terus kata yerr! Wah... nampaknya tak payahlah aku memujuk dia supaya megikut aku ke Kelantan.

Supaya dia tidak berubah fikiran, aku pun buat plan untuk meninggalkan segera kampung.

Pagi-pagi lagi aku ke Pejabat Tanah semula untuk membayar pinjaman 'rumah kotak' Habislah dalam RM300 membayar Hasil dan pinjaman tu.

Petangnya aku balik ke Kg. Pauh. Sampai di rumah, Mamat sudah 'potong' burungnya pagi tadi! Norli pun sudah ada di rumah. Norli tengah sibuk plan majlis perkahwinannya. Katanya nak tempah baju untuk semua ahli keluarga. Semua orang nanti pakai tema warna yang sama.

Norli, adik perempuanku yang terakhir, maka dia juga nak buat majlis perkahwinannya grand seperti yang lain-lain. Yang pening abah dan mak la...

Khamis, 31 Mei
Kerinduan Sofia barangkali sudah sampai ke puncaknya. Sejak semalam dia demam. Sejak berpisah dengan ibunya isnin lepas, Sofia sudah mula berubah. Walau pun dia tak kata apa-apa, tetapi bila menjelang malam, dia mula menangis.

Sofia menangis dalam senyap. Hanya air matanya sahaja yang keluar. Bila dapat bercakap dengan ibunya, barulah dia kelihatan lega sedikit. Tetapi tidak lama kemudian dia akan bertanya pula.... "berapa hari lagi nak ambil mak"

Jumaat, 1 Jun
Pukul 10:00 pagi aku menuju ke Pulau Pinang. Sesi orientasi Sue akan berakhir tengahari ini. Pukul 12:00 kami sudah sampai di USM. Kebetulan Sue baru selesai mengambil modul-modulnya. Selepas semuanya selesai, kami pusing-pusing Penang. Pusing sungguh-sunguh!

Pukul 3:00 memulakan perjalanan pulang ke Kelantan. Rancangan untuk balik ke Kg. Pauh semula dibatalkan. Kami buat keputusan untuk terus balik ke Kelantan.

Alhamdulillah, sebelum pukul 9:00 malam kami selamat sampai di rumah.

Sampai di rumah bertambah lega kerana anak-anak dara kami sudah 'cuci' rumah. Lega bila berada di rumah. Badan letih setelah seharian memandu, tidur dengan nyenyaknya. Tak khaba ghapo doh!



0 comments:

Post a Comment