0 comments Monday, February 12, 2007


Bengkel Pembinaan Weblog
PPD Tanah Merah - Jeli
12 - 13 Februari 2007

Tugasan pertama tahun ini sebagai Jurulatih ICT JPN Kelantan. PPD Tanah Merah-Jeli menjadi medan pertama tahun ini yang mengadakan bengkel untuk memperkenalkan pembinaan laman web berbentuk blog. 16 orang peserta mengikuti bengkel kali ini.

Bengkel Pembinaan Weblog diadakan dengan harapan semua sekolah akan mempunyai laman web sendiri. Selama ini memang sudah ada sekolah-sekolah yang mempunyai laman web, tetapi kebiasaannya laman web itu tidak bertahan lama kerana berbagai-bagai masalah. Membina laman web mungkin boleh dibuat oleh sesiapa pun... yang menjadi masalah ialah hendak menguruskan laman web itu agar sentiasa uptodate.

Sehingga hari ini, tiada sekolah yang mempunyai admin untuk menguruskan laman web sebenarnya. Guru-guru yang menguruskan laman web sekolah hanyalah berbekalkan semangat dan keinginan untuk meneroka dunia ICT. Dengan bebanan tugas guru hari ini yang sedemikian rupa, selalunya laman web sekolah akhirnya akan tinggal 'berkarat'

Tindakan Unit ICT JPN untuk memperkenalkan pembinaan laman web berasaskan blog, merupakan pilihan yang paling wajar kerana akan mengurangkan masalah guru-guru membina dan menguruskan laman web.

Weblog barangkali adalah pilihan yang terbaik untuk guru-guru yang akan menjadi admin laman web sekolah masing-masing nanti. Weblog boleh dibina dan diuruskan dengan mudah. Guru-guru tidak perlu membuang masa untuk mempelajari perisian web editor seperti Dreamwever atau Frontpage. Pembinaan laman web berasaskan blog tidak memerlukan kemahiran yang terlalu teknikal.

Saya percaya semua peserta bengkel ini akan berjaya membina laman blog masing-masing dan sesiapa sahaja sebenarnya boleh menjadi seorang blogger. Perkongsian maklumat hari ini diharap akan menjadi titik permulaan kepada aktiviti berbloggging guru-guru di sini. Cuma harapan saya... jadilah seorang blogger yang bertanggungjawab.

Selamat berblogging!

0 comments Tuesday, February 6, 2007


Melihat berita yang dipaparkan oleh akhbar Utusan hari ini.... sayu rasa hati melihat gambar itu, hanya mampu beristaqfar.

Orang yang melakukan perbuatan ini bukannya manusia bertopengkan binatang tetapi memang BINATANG!

Apakah agaknya hukuman yang sesuai untuk 'BINATANG' yang melakukan perbuatan ini?

Harap-harap 'BINATANG' itu dapat ditangkap dengan segera.

Kalau aku tau siapa yang buat benda ni..... rasa nak siat-siat!