1 comments Friday, June 22, 2007

14.06.2007
Balik dari sekolah.... relex saja. Hari ni cadang nak ke KL seperti yang dirancang dengan kekawan. Tunggu punya tunggu dah gelap... diorang ni jadi ke tidak nak pergi ni?

Pukul 6:00 lebih baru Rostan & Zahari sampai... dia tak balik ke rumah pun selepas mesyuarat di Tanah Merah dan JPN. Masih pakai baju yang sama dan belum buka tali leher. Kemudian ambil Zul.


Nampaknya jadi juga pergi KL. Pukul 5:00 pagi sampai di rumah adik Rostan, kami sambung tidur.

15.06.2007
Pagi-pagi semua dah siap. Rostan nak ke Putra Jaya untuk selesaikan urusannya. Aku dan Zul naik LRT di Terminal Putra, Gombak. Destinasi, Bukit Bintang.

Sarapan dulu dan kemudian turun naik di Low Yat. Hampir semua tempat dah round. Zul selesaikan urusannya. Dah selesai semua baru start acara tinjau-tinjau.

Benda yang aku nak beli ialah printer dengan tangki dakwat tambahan diluar dan mungkin apa-apa yang patut. Bajet sekitar RM 500.

Aku dah tengok printer tu, yang paling murah RM299, Epson Stylus C59.

Jeng jeng.... bajet RM 500?.... PERCAYAKAH ANDA?

Hahaha!...... datang sesekali ke Low Yat, tak kan nak beli printer je kan!

Akhirnya.. setelah turun naik 4 tingkat dan menjelajah hampir semua kedai kat situ, aku menggalas beg penuh jari.

Ni baru puas hati datang jauh-jauh kan! Bajet asal betul la RM500, tapi apa nak buat.... aku tak sengaja habiskan RM1500 hehehe!

Pukul 9:00 malam bertolak balik ke Kelantan semula. Subuh sampai di rumah. Terus mandi dan bersiap untuk ke sekolah, kerana hari ini hari sekolah ganti.

Aku tak masuk sekolah kerana minggu ni, aku memulakan projek menyediakan video untuk perayaan Hari Guru Peringkat PPD. Aku dan beberapa rakan JK Gimik Perasmian dan Persembahan Multimedia berkumpul di PKG Badak untuk projek itu.

16.06.2007
Aku pergi buat temujanji di beberapa sekolah untuk buat pengambaran video.

17.06.2007
Malang sungguh pagi ni hujan. temujanji di SMK Dato Perdana untuk ambil video perhimpunan terpaksa di batalkan. Mujur SMK(A) Tok Bachok ada membuat perhimpunan. Aku ambil kesempatan untuk rakam pelajar ucapkan 'selamat hari guru' di sana.

Hari ini juga aku nak selesaikan rakaman di PPD Bachok. Menjelang tengahari semuanya beres.

Malamnya ke Kota Bahru...... beli meja untuk permaisuriku, maklumlah dia sekarang ni kan dah sambung study semula. Kesian tengok dia baca buku sambil baring atas katil..... bila aku masuk bilik tengok dia tengah baca buku, dan kemudian bila masuk sekali lagi...... emmmm!

Dah ada meja study baru ni, harap-harapnya boleh la study dengan selesa. Aku pun dah tarik kabel RJ45 dari luar supaya senang dia nak akses internet. Mujur juga aku beli wayerless router, jadi sekarang semua orang boleh akses internet. Kalau ada sesiapa nak akses internet, bawa je laptop tu dan silakan belayar....

Bila maknya dah ada meja baru.... anak-anaknya pun bersungut nak meja baru juga. Maka asalnya nak beli 1 dah jadi 3, tapi tak mengapalah asalkan anak-anak senang hati.



















Semua orang sudah ada meja study yang baru! Aku pun sudah ada banyak gajet baru. Hampir semua benda yang aku perlukan sudah ada! Dari mp3 player, mp4 player, printer inkjet, printer laser, cd writer, dvd light scribe writer, 2 external hardisk 2.5 dan 1 external hardisk 3.5 230 g, 3 tumbdrive, 2 flashdrive dan macam-macam lagi benda yang aku perlukan untuk kemudahan kerja (atau juga untuk memenuhi nafsu ict aku)





Minggu ni, aku sambung aktiviti shopping di KB Mall pula. Berapa pula bajetnya? emmm yang ni tak tentukan berapa bajet dan akhirnya aku terbeli sepasang kasut, sehelai seluar dan 7 helai baju. Cukup untuk seminggu.

Fuh!.... memang puas hati shopping, nah... ini dia koleksi baju tangan pendek aku yang baru




Ini pula kasut baru aku!... bergaya sakan la!


Sofia pun nak baju baru juga!....... "ok, abah belikan 3 pasang baju baru"

Mak pun nak hand beg dan baju baru baru!..... "ok, pilih-pilih.... mana yang berkenan di hati, abah belanja!"

Percaya atau tidak....... dalam tempoh seminggu ni aku sudah habiskan RM 7000

Memang shopping sakannnnn!

1 comments Wednesday, June 13, 2007

Minggu awal persekolahan yang bercelaru.....

10.6.2007 - Selamat kembali ke sekolah! Perhimpunan macam biasa. Selesai perhimpunan terus ada kelas, hanya sempat minum milo beng sahaja. Habis kelas, terus ke PPD dan ke SMK Kandis untuk menghadiri Mesyuarat JK Perasmian Hari Guru peringkat PPD. Tup tap tup tap.... tengahari. Balik ke rumah, tak sempat nak pejam mata. Petang ni nak main futsal, dua minggu dah tak main. Malamnya keperjumpaan tergempar berkenaan aktiviti keli organik.....hehehe!

11.6.2007 - Masuk ke sekolah sekejap, pukul 9:00 ke SMK Dato Perdana menghadiri Mesyuarat Anugerah Asrama Terbilang (ASAT 2007) tup tap tup tap..... tengahari. Di rumah... terus buat kertas kerja, Konsortium Keli Rumusan Organik (KIRO) Sdn. Bhd. ......... dasyatnya diorang ni pilih nama! Baru separuh jalan Dato' suruh masuk pejabat, terus sambung buat kertas kerja tu. Lepas maghrib hantar kertas kerja untuk disemak oleh AJK KIRO. Malam ni ada perjumpaan tidak rasmi Unit ICT Bachok di rumah aku. Pertama kali buat aktiviti di sini. Macam-macam perkara 'off record' yang dibincangkan. Agenda utama ialah hendak menyediakan website Unit ICT. Tup tap tup tap.... pukul 2:00 pagi.

12.6.2007 - Berada di sekolah....... Tengahari masuk pejabat, tunggu Dato' untuk 'luluskan' kertas kerja KIRO. Pukul 2:00 diorang nakhantar kertas kerja tu kepada Tan Sri Muhyidin Yasin. Aku tak larat nak pergi. Balik tidur... dah beberapa hari tak cukup tidur! Halim datang untuk mulakan kerja-kerja pembersihan tapak 'keli kanvas' aku di belakang rumah.

13.6.2007 - Sarapan pekena nasi berlauk ayam kampung, lepas tu terus ke PPD dan menghadiri Mesyurat JK Perasmian Hari Guru kali ke-2 di PKG Badak. Tup tap tup tap.... tengahari, makan di kedai Pak Ya. Balik rumah sekejap. Pukul 2:30 ke SMK Dato Perdana. Hari ini bermula acara ASAT 2007 peringkat PPD. Aku bertugas sebagai pengadil Pertandingan Laman Web ASAT. Malam ni baru rasa lapang sikit, walaupun hakikatnya masih banyak kerja yang perlu dibuat.... kerja yang tak pernah habis pun sebenarnya. Malam ni saja nak relex-relex sikit. Email pun dah ada 400 lebih, tak sempat nak buka.

Wah.... panjang pulak ceritanya ni, tadi cadang nak cerita pasal ASAT je.

Ok... ini keputusan pertandingan laman web ASAT 2007. Walau pun esok keputusan rasmi akan diumumkan, tapi tak kisahlah, kerana aku sebagai ketua pengadil dah sahkan keputusan itu.... hehehe!


Tempat Pertama
SMK (A) Tok Bachok










Tempat Kedua
SMK Sri Gunong










Tempat ketiga
SMK Kandis









Tahniah kepada pemenang.... jumpa lagi minggu hadapan di peringkat negeri, kerana aku juga yang akan jadi pengadilnya!

0 comments Sunday, June 3, 2007

Akhirnya permaisuriku memenuhi impiannya untuk menyambung belajar, setelah lebih 5 tahun aku lakukannya dulu.

Menjadi seorang siswi dalam usia 40-an tentunya bukan sesuatu yang mudah. Tetapi setelah kehidupan kami sekeluarga agak lega dan stabil sedikit, rasanya sudah sampai masanya untuk dia mengikuti jejak ku.

Keputusan untuk menyambung belajar semula bukanlah sesuatu yang boleh dibuat sesedap rasa sahaja. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.

Itulah yang telah aku lalui sewaktu mengikuti program PJJ dahulu. Susah payah dan segala macam pengorbanan yang terpaksa isteri ku terpaksa harungi bersama. Maklumlah waktu itu anak-anak sedang membesar, kereta pun tak ada lagi!

Tahun pertama... setiap malam aku ke Kota Bharu dengan motor kapcai cabuk yang dibeli sebaik mula bekerja dahulu. Kalau nak cerita...... memang panjang, boleh buat satu novel kot.

Akhirnya... alhamdulillah, pada 2001 ku gengam juga segulung ijazah dari Universiti Malaya.

Apabila isteri ku menyuarakan hasratnya untuk menyambung belajar, aku merasa sangat terharu, dan menggalakkannya.

Pada 28 Mei 2007 yang lalu, bermulalah episod baru dalam lembaran hidupnya. Isteriku kini bergelar seorang mahasiswi (mahasitua.... hehehe!)

Buat isteriku tercinta.... semoga tabah dan cekal menghadapi segala cabaran. Baca buku rajin-rajin, dan mulai sekarang belajar-belajarlah berjaga malam!


0 comments Saturday, June 2, 2007


Minggu pertama cuti persekolahan bermula. Sekolah cuti?........ emmmm! itu hanyalah catatan di atas kertas sahaja. Realitinya guru dan murid tak bercuti punnnn! Kepada sahabat-sahabat terus bertugas sepanjang cuti ini, selamat mengajar dan senyum-senyumlah selalu!


Minggu ini aku akan menjelajah kawasan utara Malaysia.

Sabtu, 26 Mei
Pagi-pagi lagi aku ke Kota Bharu. Mula-mula servis kereta. Bagi tau kat mekanik tu, servis cam biasa dan sediakan kereta aku untuk buat perjalanan jauh. Habis la dekat RM200 pagi tu. Lepas tu terus ke bandar untuk selesaikan beberapa perkara....... bayar hutang leee hehehe! Ok, semua bill dah selesai sebagaimana 'selesainya' separuh isi dompet aku!

Malamnya buat persiapan terakhir

Ahad, 27 Mei
Sue pagi-pagi lagi sudah ke sekolah kerana dia ada kelas tambahan yang perlu diselesaikan. Aku ke Kota Bharu lagi kerana hendak menyelesaikan urusan 'loan' di DTC.... hehehe, buat pinjaman ni mesti ada projek besar ni kann? yang itu kita cerita semula bila projek tu start nanti.

Pukul 4:00 petang memulakan perjalanan balik ke kampung. Tiga orang anak dara aku tinggal di rumah. Kepada mereka, buat pertama kali aku letakkan kepercayaan untuk menjaga rumah sepanjang seminggu aku dan isteri tiada di rumah.

Perjalanan lancar, sampai di Bukit Bunga, beli buah sikit untuk di bawa balik. Kebetulan jumpa lori yang sedang memunggah bekalan buah dari Siam, kami pun beli sebakul buah mata kucing.

Meneruskan perjalanan, sampai di Jeli, seperti biasa rehat sekejap di Shell. Sejak di Bukit Bunga lagi keadaan jalan agak meriah, dan aku agak malam ini kami tidak akan keseorangan sewaktu melintasi kawasan hutan Timur Barat. Hujan turun sesekali tambah menyejukkan keadaan kawasan tanah tinggi.

Selepas maghrib kami meneruskan perjalanan. Sejak mula mendaki, suasana memang meriah. Entah kenapa, banyak betul kereta malam ini. Melihat ramai yang memulakan perjalanan selepas maghrib, lega la rasanya kerana boleh la konvoi ramai-ramai.

Pukul 9:00 sampai di Grik, lepas makan terus sahaja memandu lagi. Pukul 10:00 lebih sampai di Kg. Pauh. Malam tu terus sembang-sembang dengan abah dan mak, sampai la dekat pukul 2:00

Isnin, 28 Mei
Pukul 10:00 pagi memulakan perjalanan ke Pulau Pinang. Ini merupakan kali pertama aku ke sana menggunakan lebuhraya Utara-Selatan.

Dari Kg. Pauh, aku masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan di Changkat Jering. Jarak perjalanan 91km. Jarak sejauh ini dengan kelajuan memandu yang normal akan mengambil masa 1 jam lebih.

Belum pukul 12:00 kami sudah sampai di Pulau Pinang. Terus sahaja ke Desa Aman Damai, tempat pendaftaran untuk hari ini.

Setelah selesai urusan daftar bilik, Sue terus ke Dewan Utama untuk proses pengambilan gambar kad pelajar. Menjelang pukul 3:00 semuanya selesai untuk hari ini.

Program pendaftaran dan orientasinya akan bermula esok. Melihat isteri ku berbaris ramai-ramai, teringat kenangan sewaktu aku mendaftar di UM dahulu, seronok mengimbau semula kenangan waktu belajar sesama rakan sebaya yang menjadi mahasitua.

Selepas itu aku bawa Sue pusing-pusing kawasan USM. Kebetulan aku agak biasa la jugak dengan kawasan USM ni, kerana aku sering ke perpustakaannya sewaktu mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas selama setahun dahulu. USM memang tempat aku lepak-lepak la dulu, makan pun murah kat sini. Tetapi USM sekarang ini sudah begitu sesak dengan bangunan, tidak seperti dulu.

Selepas pusing-pusing dan tunjukkan tempat-tempat utama di USM, sampai masa untuk berpisah. Ok, sayangg!... selamat tinggal, jaga diri baik-baik!

Minggu ni aku jadi pengasuh Sofia la. Selamat berorientasi dan mengeraskan tapak kaki berjalan di kawasan kampus. Berlatihlah untuk membiasakan diri berjalan kaki semasa kuliah nanti... hehehe!

Aku dan anak-anak meninggalkan USM dengan sayu hati. Sofia lebihlah lagi, tetapi dia tak kata apa-apa, hanya melambaikan tangan kepada ibunya sahaja.

Dari USM aku terus menyusur Lebuhraya menuju kampung. Pukul 6:00 kami sampai di Balun Bidai. Sedih juga kerana kali ini, kami hanya bertiga sahaja. Selalunya bila balik kampung, penuh van ni. Petang itu terus sembang-sembang sahaja dengan acik.

Pukul 9:00 dah tidur. Malam begitu terasa panjang.

Selasa, 29 Mei
Pagi-pagi aku dan acik ke Pejabat Tanah Kampung Gajah. Tujuan pertama ialah hendak membayar Hasil Tanah. Rupa-rupanya Hasil Tanah tu sudah dibayar. Kemudian aku membayar Hasil untuk tapak rumah sahaja. Hendak membayar pinjaman rumah, tak ada pegawai bertugas kerana mereka ada perjumpaan dengan penduduk.

Petang itu ada perjumpaan antara Pegawai Pejabat Setiausaha Negeri dengan penduduk atau peserta Skim Rumah Rakyat. Macam biasalah, isu yang cakapkan ialah masalah tunggakan bayaran pinjaman. Berdialoglah mereka dan bermacam-macamlah cerita dan alasan yang keluar. Malas nak dengar, aku tinggalkan perjumpaan itu.

Kebetulan rambut panjang dan minggu ni tak sempat nak bergunting, maka aku pergi ke rumah tukang gunting rambut di kampung. Aku bergunting rambut dengan Arip ni sejak kecil lagi. Memang dia satu-satunya tukang gunting yang ada di kampung kami.

Terlalu banyak kenangan dalam bab gunting rambut ni. Semasa kecil dulu, aku memang payah nak bergunting, maka setiap kali hendak digunting rambut, aku akan di pegang kiri dan kanan oleh atok dan ungak atau sesiapa saja. Entah kenapa, bila melihat kerusi tukang gunting ni, aku mesti berteriak.... hehehe! itu masa kecik-kecik la.

Sudah lebih 10 tahun rasanya aku tidak bergunting rambut dengan Arip. Sewaktu aku ke rumahnya petang itu, mudah sahaja aku mengagaknya kerana kerusi tukang guntingnya masih berada di situ!

Melihat kerusi tempat duduk sewaktu bergunting ini, kenangan semasa dahulu muncul kembali. Dulu bila menggunting rambutku, Arip selalu akan perli, "ni mesti tidur dengan mak lagi ni!" Kenapa Arip kata begitu? hehehe!.... kerana bila dia menggunting dia akan nampak telur kutu yang menghuni kepala ku!

Seperti biasa semasa menggunting rambut, Arip akan bercerita dan bersembang-sembang.

Kalau dahulu, kerusi ini berada di bawah pokok manggis, tetapi sekarang ini di bawah bangsal yang ala kadar sahaja. Walau pun begitu, latarnya tetap sama.... suasana yang sunyi, sejuk dan damai di kawasan kebun getah. Di bawah kerusi itu ialah rambut-rambut yang sudah menjadi permaidani.

Barang kali dulu aku takut untuk bergunting rambut kerana melihat rambut di bawah kerusi tu la kot!... hehehe

Satu hal lagi yang menariknya ialah... sejak dahulu hingga kini, Arip ni ku lihat seperti tidak dimakan usia. Orangnya tetap segak dan mancho! Bagaimana Arip dahulu, begitulah wajahnya sekarang. Kumisnya tetap terjaga rapi. Kira macam hero filem melayu la!

Kebetulan aku membawa kamera, dan aku rakamkan antara ikon kampungku yang masih ada ini.

Rabu, 30 Mei
Sewaktu sampai di kampung hari isnin tu, mak tanya... "ni balik nak ambil dia ke Kelantan ke?" Aku pun tanpa berlengah terus kata yerr! Wah... nampaknya tak payahlah aku memujuk dia supaya megikut aku ke Kelantan.

Supaya dia tidak berubah fikiran, aku pun buat plan untuk meninggalkan segera kampung.

Pagi-pagi lagi aku ke Pejabat Tanah semula untuk membayar pinjaman 'rumah kotak' Habislah dalam RM300 membayar Hasil dan pinjaman tu.

Petangnya aku balik ke Kg. Pauh. Sampai di rumah, Mamat sudah 'potong' burungnya pagi tadi! Norli pun sudah ada di rumah. Norli tengah sibuk plan majlis perkahwinannya. Katanya nak tempah baju untuk semua ahli keluarga. Semua orang nanti pakai tema warna yang sama.

Norli, adik perempuanku yang terakhir, maka dia juga nak buat majlis perkahwinannya grand seperti yang lain-lain. Yang pening abah dan mak la...

Khamis, 31 Mei
Kerinduan Sofia barangkali sudah sampai ke puncaknya. Sejak semalam dia demam. Sejak berpisah dengan ibunya isnin lepas, Sofia sudah mula berubah. Walau pun dia tak kata apa-apa, tetapi bila menjelang malam, dia mula menangis.

Sofia menangis dalam senyap. Hanya air matanya sahaja yang keluar. Bila dapat bercakap dengan ibunya, barulah dia kelihatan lega sedikit. Tetapi tidak lama kemudian dia akan bertanya pula.... "berapa hari lagi nak ambil mak"

Jumaat, 1 Jun
Pukul 10:00 pagi aku menuju ke Pulau Pinang. Sesi orientasi Sue akan berakhir tengahari ini. Pukul 12:00 kami sudah sampai di USM. Kebetulan Sue baru selesai mengambil modul-modulnya. Selepas semuanya selesai, kami pusing-pusing Penang. Pusing sungguh-sunguh!

Pukul 3:00 memulakan perjalanan pulang ke Kelantan. Rancangan untuk balik ke Kg. Pauh semula dibatalkan. Kami buat keputusan untuk terus balik ke Kelantan.

Alhamdulillah, sebelum pukul 9:00 malam kami selamat sampai di rumah.

Sampai di rumah bertambah lega kerana anak-anak dara kami sudah 'cuci' rumah. Lega bila berada di rumah. Badan letih setelah seharian memandu, tidur dengan nyenyaknya. Tak khaba ghapo doh!