Monday, January 1, 2007

Bagi Kelantan, Terangganu dan Kedah, hari ini hari terakhir riuh rendah kat rumah. Semua anak-anak yang tinggal di asrama sudah balik ke dunia mereka. Petang tadi pun aku turut sama memenuhi jalanraya yang dah memang sibuk kes raya haji, petang tadi ditambah lagi dengan kereta ibu bapa yang menghantar anak-anak balik ke asrama.

Setelah sebulan lebih rumah riuh rendah dan rasa sendat, sekarang rumah dah kembali lapang. Teringat masa kita sendiri sekolah dulu, barangkali apa yang aku rasa sekarang ni, macam tu lah yang dirasai oleh mak bapak kita dulu. Tapi aku tak lama tinggal di asrama. Kes terkejut dengan perubahan cara hidup dari kampung yang terpencil, tiba-tiba tinggal di sekolah asrama penuh di bandaraya. Pertengahan tingkatan 2 aku dah tak mampu lagi menghadapi cabaran dan aku lari dari asrama, balik bersekolah di kampung, 'kembali ke asalku'....... hehehe.

Sekarang ni 2 orang anak aku tinggal di asrama, tapi sekolah sekarang ni bukan macam kita sekolah dulu. Anak-anak sekarang ni relex je kerana yang susah hati mak bapak la yang memikir macam mana nak penuhi keperluan anak-anak bersekolah. Aku tak la penah ajar anak-anak bermewah2 tapi itupun sebenarnya kalau dibandingkan dengan apa yang mereka dapat dengan aku dulu, sungguh jauh bezanya. Bukan nak membanding tapi sekadar mengingatkan anak-anak saja.

Tadi aku menghantar 2 anak dara aku balik ke asrama, wahh.... mujur aku pakai van, kerana barang-barang meraka penuh. Setiap seorang bawa 1 beg besar pakaian, 1 kotak buku-buku, 1 kotak keperluan peribadi dan berpasang-pasang pakaian yang siap bergantung dengan hanger. Kalau pakai kereta memang sarat. Aku dulu galas 1 beg 3 kali turun naik bas baru sampai ke sekolah.

Bab cerita 'rasa nak demam'......

First.... hantar anak sulung ke asramanya, tahun ni sudah tingkatan 5, bermakna tahun penting untuknya (sekali lagi kes mak bapak yang susah hati, padahal anak yang exam SPM relex je) Sampai di sekolahnya, macam biasa semuanya nampak ceria, cuma mak bapak je yang berkerut dahi tengok kaunter yang menyambut kedatangan ibu bapa. Semua cikgu-cikgu di sini kawan-kawan aku atau sekurang-kurangnya kenal dengan aku. Tup tap tup tap.... berkunjung dari satu kaunter ke satu kaunter, habis RM500. Setelah selesai bab kaunter.... tiba masa untuk menyerahkannya kepada Kerajaan Malaysia. Aku cuma memberi ingatan dengan sepotong ayat saja, "jangan buat sesuatu yang rasa seronok hari ini tapi menyesal esoknya"

Second..... selepas selesai dengan anak yang sulung, meneruskan perjalanan untuk menghantar anak yang kedua. Seperti biasa juga, kami disambut oleh kaunter-kaunter yang pelbagai seperti tadi. Kat sini juga habis RM500.

Sepetang ini saja, RM1000 lebih dah habis (duit bonus la tu) emmmm..... hari ni 1 jan, maknanya ada 24 hari lagi baru gaji, tu yang rasa nak demammmm tu!



0 comments:

Post a Comment