
Emmm..... yang ini pusat pemindahan kat mana ni? penduduk hanya tidur beralaskan tikar dan berselimutkan kain pelikat saja ni. Bukankah penduduk yang berada di sekolah-sekolah yang dijadikan pusat pemindahan dibekalkan dengan kemudahan yang agak selesa, seperti tilam dan selimut?

Dalam situasi musibah yang melanda Johor sekarang ini, memang patut semua orang menghulurkan apa saja bantuan yang terdaya bagi meringankan bebanan rakyat. Kita dapat lihat semua penduduk yang berada di pusat pemindahan dijaga dengan rapi oleh kerajaan dan segala kemudahan segera disediakan. Pendek kata mereka memang gerenti tak lapar la. Kecuali la yang tak berada di pusat pemindahan yang disediakan kerajaan, kalau ada yang begitu janganlah sedap-sedap mendakwa tidak mendapat bantuan kerajaan.
Banjir yang melanda Johor kali ini, memanglah agak luar biasa. Anggaplah semuanya ujian daripada Allah. Cuma yang tak berapa sedap sikit ialah kenyataan Menteri Besar Kelantan yang terkenal dengan kehalusan tutur bicaranya itu mengatakan musibah yang berlaku kerana dosa-dosa yang telah kita lakukan. Memanglah tak boleh nak kata orang Johor tak de dosa, kat mana-mana pun selagi namanya manusia.... tentu ada yang melakukan dosa dan ada yang berbuat amal. Kenyataaan yang begitu memang sedap disebut dan didengar. Pemahaman secara mudahnya... Menteri Besar Kelantan menghukum orang Johor banyak buat 'dosa' sebab itu mereka dilanda banjir seperti yang berlaku sekarang ini.
*************************************************
p/s
Orang Kuala Krai dan PCB barangkali paling banyak buat dosa di Kelantan, sebab itu mereka sahaja yang kena banjir.
0 comments:
Post a Comment