Friday, January 19, 2007

Nenek Kamariah sangat hiba apabila melihat rumahnya rebah akibat banjir. Tapi jangan bimbang wahai nenek... kerajaan pasti akan membantu meringankan beban nenek. Nampaknya kerajaan sudah berjanji untuk membina rumah PPRT untuk nenek. Harap bersabarlah sedikit waktu dulu. Buat sementara waktu ini tinggallah dahulu di rumah anak-anak.

Tapi rasanya tak payahlah nenek mengharapkan dapat bantuan dari derma 1 juta yang dikirimkan oleh parti PAS Kelantan tu.... walaupun sebenarnya nenek patut menerima habuan dari derma itu. Cuma yang jadi masalahnya, bantuan itu dikirimkan dengan niat yang kurang 'sedap' sikit rasanya. Tengoklah nanti macam mana, kalau mereka bagi... alhamdulillah, kalau tak redha sajalah.

Emmm.... Kelantan hanya dilanda banjir di kawasan hulu sungai Kelantan sahaja. Kesan banjir di Kelantan tidak seteruk yang dialami di Johor. Alhamdulillah kerana Kelantan tidak ditimpa musibah yang teruk seperti 2004 yang lalu. Banjir hanya di kawasan yang fevorite saja ( kawasan yang sudah 'kalih' dengan banjir) Negeri Kelantan tidak merana kerana banjir, tapi penduduk KAMPUNG KELANTAN pula yang sangsara pada musim banjir kali ini. Barangkali wang derma PAS Kelantan (bukan kerajaan negeri Kelantan) patut sampai ke kampung Kelantan ini dahulu, atau pun mugkin lebih baik kalau kerajaan Kelantan jadikan kampung Kelantan sebagai kampung angkat. Macam mana YB Nik Aziz, boleh terima tak idea saya ni.

Ok... nak buka Harakah online kejap, nak baca berita pasal sumbangan derma 1 juta PAS Kelantan tu, sudah sampai kemana.

0 comments:

Post a Comment