ADUN WAKAF MEMPELAM YANG DOKROK CETONG DAH beberapa hari Wak Long tak sempat menulis. Sibuk sangat buat kerja-kerja politik. Tak apalah, itu semua perjuangan bangsa, bukan macam Parti PAS yang berjuang untuk perut sahaja. Hari ini, Wak Long nak ulas sikit pasal berita seorang penduduk di Kampung Kubang Parit di kawasan DUN Wakaf Mempelam yang katanya terpaksa hidup di bawah rumah kerana kemiskinan. Bagi Wak, kisah itu sangat menarik. Pertama, penduduk tersebut tinggal di kawasan Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam yang diwakili wakil rakyat PAS., Abdul Wahid Endut yang mulut celupar kat DUN. Dia ini, kalau bab mengata kat orang UMNO memang hebat. Ada satu masa dan ketika, dia pernah kata orang UMNO Yahudi. Hello beb, Yahudi pun you nak kawan juga. Bukan orang tak tahu, you tu pun banyak main. Biarkan isu itu. Yang kedua, orang miskin itu tinggal beberapa meter sahaja dari rumah si Wahid ini. Tak jauh. Kalau kita pakai otak yang waras, demikianlah betapa tidak caknanya wakil rakyat PAS.. Bagi Wak, macamana dia nak caknakan rakyat. Pemimpin PAS. ini bagi Wak, mereka adalah spesis musang walaupun bulu hanya tumbuh di bahagian tertentu sahaja. Mengapa Wak kata begitu. Mereka ini, waktu siang, kerjanya tidur sahaja dan pada waktu malam pula mereka sangat sibuk berceramah buat dos asana-sini. Jadi, mana mereka ada masa nak jaga rakyat. Bukan masa dia jadi pembangkang semula ini pun. Dulu, masa PAS. jadi kerajaan, wakil rakyat PAS. perangai tetap sama. Banyak tidur waktu siang dan kerana itu pentadbiran keranjaan negeri di bawah pemerintahan mereka jadi huru-hara. Jadi bagi Wak, wakil rakyat PAS. itu hanya bahang (belasah/makan) gaji buta sahaja. bukan buat kerja. Dia tak buat apa-apa pun. Bayangkan, rakyat susah sebelah rumah pun wakil rakyat tak tahu. Apa ke jadah wakil rakyat macam ni. Kalau bab bersyarah, nombor satu tapi kerja tersangatlah teruk. Ini bukan sekali. Baru ini lidah rasmi PAS. Harakah pun siar bagaimana sebuah keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Buruk hidup susah dan terpaksa makan nasi dengan lauk kicap sahaja. Nak tahu siapa wakil rakyat Batu Buruk. Itulah dia Datuk Wan Abdul Muttalib Embong yang sangat kaya tetapi biarkan rakyat susah. Macam Wak kata tadilah, wakil rakyat PAS. mana ambil tahu PAS.al kesusahan rakyat. Layaknya mereka tidak boleh dipanggil wakil rakyat lagi. Baik kita panggil dia wakil perut, wakil cap ayam atau sebagainya. Anda tengok sendiri kereta jenis apa dan berapa harganya yang dinaiki Wan Muttalib Harrier yang bernombor PAS 13, wah bukan main cantik nombornya tetapi itulah kereta dia. Tanyalah dia berapa harga. Tengok rumah dia dan cek pulak harta dia. Tapi rakyat di kawasan dia, dia biarkan. Teruknya wakil rakyat PAS.. Jadi, takkan kita nak pilih lagi wakil rakyat yang jenis ini. Mereka ini tidak layak untuk mewakili kita semua. Mereka ini hanya pentingkan perut sahaja. bagi Wak, tak kisah kalau wakil rakyat nak kaya sebab kalau wakil rakyat miskin, bagaimana dia nak bela rakyat dia. Jadi bagi Wak, wakil rakyat mesti ada harta dan kekayaan. Wak sendiri tak pernah nak pandang serong kalau wakil rakyat kaya. Tetapi apa maknanya kekayaan wakil rakyat jika kekakayaan itu hanya untuk dianya sendiri seperti pemimpin watau wakil rakyat PAS.. Wakil rakyat PAS. kaya tetapi rakyat yang diwakilinya sangat miskin. Apa hal ini!. Ini sudah melampau. Jadi, sebagai rakyat, kita kena tolak wakil rakyat PAS.. Cukuplah kita bermain politik secara bodoh. Wak nak ajak kita semua bermuahasabah. Lihat apa yang jadi ke atas rakyat di kawasan wakil rakyat PAS. seperti Batu Buruk dan Wakaf Mempelam. Wak percaya dan yakin bahawa masih ramai yang merempat di kawasan Haji Hadi dekat Rhu Rendang dan di kawasan Haru Taib di Manir. Bagaimanapun kehidupan wakil rakyaat mereka ini sangat kaya. Pakai kereta besar dan sebagainya. Jadi, nak buat kita kekalkan lagi wakil rakyat semacam ini. Sama-sama kita humbankan mereka dalam bara kekalahan... |