Saturday, November 25, 2006











Pertandingan Dikir Barat Pemuda UMNO Malaysia yang berlangsung petang tadi. Majlis Penyampaian Hadiah akan diadakan malam ini oleh YB Datuk Seri Utama DR. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Cerita lanjut akan saya masukkan kemudian, lepas bayar bill esok, hehehe! tak larat nak online dgn dailup ni.

Sambungan....... selepas streamyx dah clear!

Oleh kerana aku tak dapat pergi ke IKBN tengok majlis penutup Festival Dikir Barat Pemuda malam ni (kes panggilan kecemasan Unit ICT PPD Bachok... huhuhu!) Aku tak tau apa cerita yang berlaku di sana. Maka aku tulis semula berita yang tersiar di Sinar Harian, hari ni. Gambarnya aku tak masukkan la, nanti kalau rajin aku scan gambar tu aku pastekan kemudian. Sinar Harian ni surat khabar yang hanya boleh di baca di Kelantan dan Terangganu saja. Jadi aku fikir diorang tak marahlah kalau aku tulis semula berita yang diorang dah siarkan, tanpa apa-apa perubahan hatta hok salah ejaan atau ayat pun aku tak ubah. Ni kira macam promo free untuk Sinar Harian la ni kannn! (mugo demo tak dok website lagi, kalu tidok mudoh cut and paste jahh) Berikut apa yang tersiar di akhbar 'sinar banar' tersebut.

Sinar Harian, Isnin 27 November 2006.

Festival Dikir Barat martabatkan budaya rakyat

Oleh: Nur Effidah Salleh
Foto: Abdul Latiff Zakaria


Buat julung kalinya Biro Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Pemuda UMNO dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) menganjurkan Festival Dikir Barat Pemuda UMNO dan ternyata mendapat sambutan yang hebat.

Bukan sahaja daripada 12 kumpulan yang bertanding bahkan daripada rakyat yang mencintai seni dikir itu sendiri kerana lebih 10,000 peminat membanjiri Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok yang mencatat sejarah tersendiri.

Festival yang disertai oleh seluruh Pemuda UMNO negeri kecuali Kelantan dan Sarawak adalah sebahagian daripada usaha memartabatkan seni, budaya dan warisan dapat diterjemahkan sebaik mungkin.

Festival yang dirasmikan oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim itu memperlihatkan betapa keunikan serta seni warisan Dikir Barat bukan sahaja diminati dan popular di negeri Kelantan sahaja tetapi dikongsi dan diwarisi bersama dengan negeri-negeri lain di negara ini.

Contohnya Kumpulan Dikir Pemuda UMNO Sabah dari Sabah menunjukkan persembahan yang menarik dalam dialek Kelantan sehingga melayakkan mereka dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

Sementara tempat kedua dimenangi Kumpulan Dikir Pemuda UMNO Terengganu yang mendapat RM3,500 dan tempat ketiga kumpulan Dikir Pemuda UMNO Negeri Selangor yang membawa pulang RM2,500.

Pasukan Dikir Barat Pemuda UMNO Kelantan tidak menyertai pertandingan ini sebaliknya membuat persembahan khas pada malam pertandingan.

Penonton turut dihiburkan dengan lawak jenaka dua ahli Kumpulan Salam Pantai Timur yang menjadi juru acara majlis iaitu Abe Jali dan Che Awee selain persembahan dikir barat jemputan iaitu pendikir kanak-kanak, Nik Khairulizri Aliff Shah dan pendikir veteran iaitu Megat Nordin, Cikgu Sulizi, Osman Kering dan Orkestra Simfoni Pak Simpul.


0 comments:

Post a Comment