0 comments Wednesday, November 29, 2006

Ramai kawan-kawan yang komplen blog aku. Mereka kata, blog aku tak ada fokus. Ada juga yang nasihatkan supaya aku hanya paparkan hal-hal yang berkaitan dengan aktiviti diri sendiri saja. Jangan ada 'unsur-unsur' lain. Komen kawan-kawan semua tu memang ada betulnya dan aku dah fikir apa yang aku nak buat.

Blog aku ni sebenarnya baru lagi, tak sampai sebulan pun. Aku pun dah mula rasa blog aku ni dah jadi macam dalca. Aku ingatkan tak kisahlah... tapi bila tengok-tengok, betul juga macam yang kekawan kata. Ada yang mencadangkan supaya aku buat cerita ikut 'kategori' tertentu dalam blog yang berasingan. Adussss!.... aku buat blog ni suka-suka je, bukan ada unsur-sur komersial apa-apa pun. Cuma sekarang ni musim cuti, so adala masa mengadap pc ni. Walaupun sebenarnya aku memang sentiasa mengadap pc masa kat rumah.

So... malam tadi aku cuba buat satu lagi blog yang aku bagi nama ||Siapa Nak Jawab?|| untuk kategori cerita yang panas sikit. Aku dah linkkan blog ||Orghe Luar|| ni ke sana. Ada juga yang mencadangkan supaya buat blog ketegori panduan melawat / melancong ke Kelantan. Emmmm! idea tu pun ok jugak. Tapi tak taulah lagi, aku sempat buat ke tidak. Macam yang aku kata tadi, blog aku ni tak ada unsur-unsur komersial, bukan nak buat niagooo! Saja nak isi masa lapang je.

Tapi semua komen kekawan dalam perhatian saya... dan insya-Allah akan jadi kenyataan! Untuk sementara waktu kunjungilah juga blog baru saya ||Siapa Nak Jawab?|| yang saya sudah senaraikan di Shifu67 Blog's.

http://www.siapanakjawab.blogspot.com/


0 comments Tuesday, November 28, 2006


Wristbend yang bertulis Stop Israel! Save Labanon! Free Palestine! yang dipakai oleh semua sahabat Pemuda UMNO ini adalah lambang dan tanda ingatan terhadap apa yang berlaku di Asia Barat hari ni












0 comments

Tumpang semak keahlian di laman web UMNO Selangor. Mugo UMNO Kelate tak dok laman web nok wat guanoo! Tak kisahlah kann asalkan dapat maklumat yang kita inginkan, lagi pun kan UMNO Selangor merupakan bapa angkat kepada UMNO Bachok! Konfemmm kawe ahli UMNO!


0 comments



Sabah Juara Dikir Barat, Pemuda Rancang Perbanyakkan Lagi Program Seni Budaya
Date: Monday, November 27 @ 02:42:38 MYT
Topic: Berita Terkini


Oleh Yus Iskandar

Bachok -- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan terus memainkan peranan mengerak dan menyemarakkan aktiviti dan program seni budaya bagi memastikan agenda identiti warisan budaya dapat disemai di kalangan generasi muda.

Justeru Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Pemuda UMNO akan memperbanyakkan lagi program kebudayaan agar generasi muda tidak melupakan warisan bangsa tersebut yang sememangnya perlu dipelihara.

Tegas beliau inisiatif seumpama ini penting bagi mengelakkan arus globalisasi menghakis nilai budaya warisan bangsa.

“Kalau kita tidak berhati-hati dengan arus globalisasi ini, kita khuatir penjajahan budaya akan menjadi realiti. Penjajahan bukan berlaku melalui penaklukan ketenteraan sahaja.

“Program dikir barat ini sebenarnya memberi nilai dan makna yang cukup besar kerana menerusi persembahan tersebut turut diselitkan dengan pelbagai mesej positif. Ini menggambarkan perjuangan Pemuda UMNO untuk mempertahankan identiti kita dalam arus globalisasi sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Festival Dikir Barat Pemuda UMNO 2006 di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok di sini, Sabtu malam.

Turut hadir ialah Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim,Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin, Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin serta beberapa Exco Pemuda pusat dan kepimpinan Pemuda UMNO negeri.

Menurut Datuk Hishammuddin lagi selain menyemarakkan lag usaha merakyatkan seni dan budaya ke segenap lapisan masyarakat, aktiviti ini yang bermula awal tahun ini dengan Festival Zapin di Johor diikuti Festival Dikir Barat di Kelantan ialah mengeratkan lagi perpaduan dan kesatuan khususnya di kalangan Pemuda UMNO di setiap peringkat.

‘‘Ini sememangnya menjadi hasrat Pemuda dengan kepelbagaian program yang diadakan untuk memperkuatkan lagi perpaduan di kalangan ahli selain mendekatkan diri dengan masyarakat.

“Usaha kita tidak akan berhenti di sini kerana ada banyak lagi program dan agenda kita bagi memastikan kehadiran Pemuda terus dirasai”, ujarnya.

Festival Dikir Barat ini disertai 12 pasukan Pemuda UMNO negeri-negeri kecuali Pemuda UMNO Kelantan yang akan hanya membuat persembahan khas.

Pada festival Dikir Barat ini, pasukan Pemuda UMNO Sabah sekali lagi membuktikan keunggulan mereka apabila dipilih menjadi Juara dan menerima hadiah wang RM5,000 manakala Pemuda UMNO Terengganu naib juara menerima RM3,500 dan tempat ketiga, pasukan Pemuda UMNO Selangor, menerima hadiah RM2,000.

Sebelum ini pada festival Zapin yang diadakan di Johor Bharu pada awal tahun ini pasukan Pemuda UMNO Sabah juga muncul sebagai juara.

Kira-kira 10,000 penonton yang memenuhi dewan pertandingan yang mana pada siang harinya turut diadakan majlis kenduri rakyat.

Penonton pada malam itu telah dihiburkan oleh persembahan Dikir Barat oleh Megat Nordin, adik Alif dan Cikgu Sulizi serta persembahan khas Dikir Barat pasukan Pemuda UMNO Kelantan.

Sementara itu Pengerusi Biro Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Azizul Nizam Bidin berkata kesemua pasukan Pemuda UMNO negeri yang bertanding telah menunjukkan komitmen dan mutu persembahan yang cukup membanggakan.

Jelas beliau persembahan yang ditampilkan bukan sahaja menepati konsep yang menekankan amalan budi bahasa tetapi turut berjaya menyampaikan pelbagai mesej yang positif.

“Kesemua pasukan yang bertanding layak mendapat pujian. Mereka bukan sahaja menghiburkan tetapi turut membuktikan seni budaya Dikir Barat mampu dikongsi bersama.

“Kita akan meneruskan program seumpama ini dan memilih seni budaya yang menjadi identiti negeri lain pula untuk dipertandingkan. Yang penting bukan kemenangan semata-mata tetapi usaha kita untuk merakyatkan seni budaya warisan bangsa”, katanya.

0 comments Monday, November 27, 2006

Alhamdulillah, line streamyx saya sudah pulih seperti sedia kala.

10:00 AM
Pagi ni hantar orang rumah ke sekolahnya kerana dia nak selesaikan urusan isi borang permohonan belajar di USM. Aku pergi ke sekolah, tengok-tengok apa yang patut. Hari ini terima surat jemputan Lawatan Sambil Belajar Kontinjen Olahraga MSSK Bachok ke Kuala Lumpur dan Surat Kursus JU ICT di Kesedar Inn, Gua Musang. So.. hampir 2 minggu la nanti tak ada kat rumah


Lawatan Kontinjen Olaharaga MSSK Bachok: 7 - 10 Disember 2006

Kursus Jurulatih Utama ICT: 11 - 14 Disember 2006

Emmm.... kena ready gak tu fulussss utuk pegi dua tempat tu!

Orang rumah pulak nak pegi Langkawi 17 - 20 Disember 2006. Sekolah dia buat mesyuarat sekolah di Langkawi. Emmm tak tau la banyak mana mesyuaratnya tu. Tapi dah boleh agak apa AGENDA MESYUARATnya tu.

7:30 PM
Malam ni cadang nak pergi ke Balai Islam, nak tengok KARNIVAL HALAL KELANTAN. Dah dekat nak habis karnival tak berkesempatan lagi nak tengok apa yang ada. Dengarnya 'MACAM-MACAM ADAAAAA!

0 comments Sunday, November 26, 2006


Pagi ni, awal-awal lagi dah keluar rumah. Tak sempat sarapan pun, ingatkan nak sarapan bila dah sampai di SK Perupok nanti. Sampai kat sana, semua dah ada hanya tunggu masa KPPM sampai. Aku setkan saja semua bahan yang akan di showkan oleh Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri kepada KPPM nanti. Then standby kalau ada apa-apa yang tak kena.

0 comments Saturday, November 25, 2006

Malam ni ingatkan nak pegi majlis penutup Festival Dikir Barat Pemuda UMNO Malaysia. Tapi petang tadi bila sampai di rumah, dapat panggilan kecemasan daripada UNIT ICT PPD Bachok. Minta tolong pasang access point di SK Perupok untuk majlis esok.

Esok PPD Bachok menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia bersama Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri di SK Perupok. Terpaksa la batalkan niat nak berhibur sikit malam ni.

9:00 PM
Pergi ke SK Perupok. Dalam hati dok kata, "sampai-sampai nanti buatnya tak de kabel RJ45 mampus" . Sampai kat sana betul la apa yang aku agak, kabel tak de so cam mana nak tarik access point tu keluar. Kalau pasang kat dalam makmal ni rugilah. Tapi lantak dia lahh, pasang je la. Then bila aku test kat blok bilik mesyuarat, memang line slow.


0 comments











Pertandingan Dikir Barat Pemuda UMNO Malaysia yang berlangsung petang tadi. Majlis Penyampaian Hadiah akan diadakan malam ini oleh YB Datuk Seri Utama DR. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Cerita lanjut akan saya masukkan kemudian, lepas bayar bill esok, hehehe! tak larat nak online dgn dailup ni.

Sambungan....... selepas streamyx dah clear!

Oleh kerana aku tak dapat pergi ke IKBN tengok majlis penutup Festival Dikir Barat Pemuda malam ni (kes panggilan kecemasan Unit ICT PPD Bachok... huhuhu!) Aku tak tau apa cerita yang berlaku di sana. Maka aku tulis semula berita yang tersiar di Sinar Harian, hari ni. Gambarnya aku tak masukkan la, nanti kalau rajin aku scan gambar tu aku pastekan kemudian. Sinar Harian ni surat khabar yang hanya boleh di baca di Kelantan dan Terangganu saja. Jadi aku fikir diorang tak marahlah kalau aku tulis semula berita yang diorang dah siarkan, tanpa apa-apa perubahan hatta hok salah ejaan atau ayat pun aku tak ubah. Ni kira macam promo free untuk Sinar Harian la ni kannn! (mugo demo tak dok website lagi, kalu tidok mudoh cut and paste jahh) Berikut apa yang tersiar di akhbar 'sinar banar' tersebut.

Sinar Harian, Isnin 27 November 2006.

Festival Dikir Barat martabatkan budaya rakyat

Oleh: Nur Effidah Salleh
Foto: Abdul Latiff Zakaria


Buat julung kalinya Biro Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Pemuda UMNO dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) menganjurkan Festival Dikir Barat Pemuda UMNO dan ternyata mendapat sambutan yang hebat.

Bukan sahaja daripada 12 kumpulan yang bertanding bahkan daripada rakyat yang mencintai seni dikir itu sendiri kerana lebih 10,000 peminat membanjiri Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok yang mencatat sejarah tersendiri.

Festival yang disertai oleh seluruh Pemuda UMNO negeri kecuali Kelantan dan Sarawak adalah sebahagian daripada usaha memartabatkan seni, budaya dan warisan dapat diterjemahkan sebaik mungkin.

Festival yang dirasmikan oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim itu memperlihatkan betapa keunikan serta seni warisan Dikir Barat bukan sahaja diminati dan popular di negeri Kelantan sahaja tetapi dikongsi dan diwarisi bersama dengan negeri-negeri lain di negara ini.

Contohnya Kumpulan Dikir Pemuda UMNO Sabah dari Sabah menunjukkan persembahan yang menarik dalam dialek Kelantan sehingga melayakkan mereka dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala iringan dan sijil penghargaan.

Sementara tempat kedua dimenangi Kumpulan Dikir Pemuda UMNO Terengganu yang mendapat RM3,500 dan tempat ketiga kumpulan Dikir Pemuda UMNO Negeri Selangor yang membawa pulang RM2,500.

Pasukan Dikir Barat Pemuda UMNO Kelantan tidak menyertai pertandingan ini sebaliknya membuat persembahan khas pada malam pertandingan.

Penonton turut dihiburkan dengan lawak jenaka dua ahli Kumpulan Salam Pantai Timur yang menjadi juru acara majlis iaitu Abe Jali dan Che Awee selain persembahan dikir barat jemputan iaitu pendikir kanak-kanak, Nik Khairulizri Aliff Shah dan pendikir veteran iaitu Megat Nordin, Cikgu Sulizi, Osman Kering dan Orkestra Simfoni Pak Simpul.


0 comments

Derma darah ni bukan kerana ada Dato' Ilias ni..... ini betul-betul, bukan cobaaannn!

Sebelum acara Festival Dikir Barat bermula, sempat la pegi buat pemeriksaan gigi, then pegi derma darah. Darah saya B+... dah 2 tahun tak derma darah. Bimbangnya lepas derma darah ni, badan makin naik kerana selalunya selera makan pun akan bertambah lepas derma darah.

0 comments

22 Nov 2006
11:00 PM

Pegi minum-minum dengan rakan-rakan Pemuda Bachok di Tempua. Sembang-sembang pasal program pemuda minggu ni bersama mantan Ketua Pemuda (mugo Pemangku Ketua Pemuda duk KL sokmo, nok buat lagu manoooo, dia sibukk) Sambil tu tunggu Sdr. Azizul Nizam, Exco Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Pemuda UMNO Malaysia yang akan sampai malam ni. Pukul 12:30 dia sampai, rancang nak buat solat hajat malam esok di Masjid Nelayan Kandis. 1:30 balik

23 Nov 2006
2:00 AM
Sampai rumah mata tak mengantuk lagi. Cadang nak online tapi alamak, streamyx aku dah kena blok.... tensionn

10:00 AM
Semua peserta Kursus Pengurusan Peti Undi bertolak dari Pusat Khidmat Rakyat DUN Jelawat ke Damai Beach Resort.

9:00 PM
Majlis Perasmian Kursus Pengurusan Peti Undi DUN Jelawat oleh YB Dato' Ilias, ADUN Jelawat.

24 Nov 2006
9:00 AM
Majlis Penyerahan Anak Angkat peserta Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional di rumah YB Dato' Ilias, ADUN Jelawat. 500 orang peserta terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan 6 seluruh Kelantan berkampung di sini. Tengahari baru selesai semuanya.

3:00 PM
Majlis Pelancaran Program Merakyatkan Seni, Anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bersama Pemuda UMNO Malaysia di KB Mall. Perasmian dilakukan oleh YB Datuk Seri HJ. Annuar Musa, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

5:30 PM
Terus pegi shooping barang dapur di KB Mall. Hari ni punya la ramai orang. Mungkin kerana minggu pertama lepas gaji, semua orang macam lepas perasaan :-) tambahan pula hari ni ada sale for member. Beratur nak membayar ambil masa 57 minit, punya la panjang barisannya.

10:30 PM
Balik dari Kota Bharu, sampai di Balai Islam..... berdentum-dentum bunyi orang menyanyi dikir barat. Wahh! hebat gak kerajaan PAS negeri Kelantan sekarang ni, kat Balai Islam pun diorang hentam berdikir barat. Kalau dulu bukan main lagi, benda-benda 'dunia' ni semuanya tak boleh, kelam kabut puak-puak dikir barat bila Nik Aziz haramkan di Kelantan dulu. Hari ini nampaknya baru khaba la kot, boleh belaka asalkan bubuh lebal 'ISLAM' maka semuanya boleh. Orang lain je yang tak boleh. Tambahan pula kat Balai Islam diadakan Karnival Halal Kelantan sempena ulang tahun pertama Kota Bharu Bandaraya Islam, maka semuanya dah jadi halal le tu. Khabarnya tiap-tiap malam ada persembahan dikir. So kalau Pemuda UMNO Malaysia buat pertandingan dikir barat antara pasukan pemuda UMNO negeri-negeri di Bachok, tak payah nak cakap yang bukan-bukan la kann!

25 Nov 2006
9:00 AM
Hari ni try online dengan TM Net secara dailup.... aduss slownya line.

Apa program hari ni?

1:30 PM
Festival Dikir Barat Pemuda UMNO Malaysia akan bermula.

8:00 PM
Kenduri Rakyat di kampung berhampiran IKBN Bachok tempat berlangsungnya Festival Dikir Barat.

9:00 PM
Perasmian Penutup Festival Dikir Barat Oleh YB Datuk Seri Utama DR. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

26 Nov 2006
Bertugas di Mesyuarat Sekolah Angkat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di SK Perupok, Bachok. Mesyuarat akan di pengerusikan oleh YBrs. Dato' Ahamad Sipon, KPPM dan dihadiri oleh semua Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri.

0 comments

Adusss.... dah 2 hari streamyx aku kena blok. Hari khamis lepas, balik dari minum-minum dengan rakan Pemuda Bachok, dalam pukul 1:30 AM cadang nak online, tapi dapat msg ERROR 691: ........... username/password invalid..... , alamak apa dah jadi ni? Terus call 1300-88- 9515, hehehe rupanya kes tak bayar bill lagi. Sekali lagi Alamak!, esok jumaat then sabtu... ahad baru boleh bayar bill, adussss! tensionnnn.

Pagi ni try online dengan TMnet dailup, adusss dapat line 28.8kb je... banding dengan streamyx aku 1000kb. Sakit jiwa dibuatnyaa. Tapi apa nak buat. Sementara tunggu esok, layan je lahh line yang merangkak-rangkak ni.

0 comments

Festival Dikir Barat : 12 Pemuda Negeri Berentap Di Bachok 25 Nov Ini
Posted on Tuesday, November 21 @ 16:59:28 MYT


Oleh Adnil Mohd

Kuala Lumpur -- Bagi memastikan penyuburan seni, warisan dan budaya terus bersemarak Biro Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) akan menganjurkan “Festival Dikir Barat” pada 25 November ini bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bachok, Kelantan.

Pengerusi Biro Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Pemuda UMNO, Azizul Nizam Bidin berkata festival yang julung kalinya disertai oleh seluruh Pemuda UMNO negeri adalah satu lagi inisiatif pihaknya dalam merealisasikan program merakyatkan seni budaya tempatan.

“Matlamat kita mengadakan festival ini adalah untuk bersama berganding bahu dengan mana-mana pihak terutama kerajaan untuk memastikan agenda kita dalam pembentukan masyarakat yang maju tanpa menghakiskan nilai budaya, warisan bangsa.

“Kita berpendapat program atau festival seumpama ini akan memberi sumbangan yang bermakna serta menjadi medium terbaik mendidik dan memberi maklumat serta membentuk model peranan positif bagi kepentingan masyarakat terutama kepada generasi muda”, katanya dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Jelas beliau kemuncak festival ini adalah pertandingan Dikir Barat yang buat pertama kalinya menampilkan penyertaan Pemuda UMNO dari setiap pelosok negeri.

Ini kata beliau lagi bagi memperlihatkan betapa keunikan serta seni warisan Dikir Barat bukan sahaja diminati dan popular di negeri Kelantan sahaja tetapi dikongsi dan diwarisi bersama dengan negeri-negeri lain di negara ini.

“Pertandingan ini juga secara tidak langsung merakyatkan masyarakat terdiri dari golongan pemuda khususnya dan belia-belia agar lebih berwawasan, inovatif dan berdisiplin serta menghargai warisan khazanah Melayu.

“Selain itu ia juga mampu mengimarahkan, memperkasakan dan mengekalkan salah satu daripada cabang seni warisan Melayu seterusnya mengangkat dan mengembangkan Dikir Barat ini ke tahap nasional”, ujarnya.

Festival ini tambah beliau merupakan peluang terbaik untuk mempromosi budaya selain mewujudkan integrasi yang padu di kalangan ahli pergerakan itu dan masyarakat setempat.

“Kejayaan menganjurkan “Festival Tarian Zapin” di Johor Bharu pada Januari yang lalu telah memberi keyakinan yang kuat untuk kita meneruskan acara yang serupa tetapi membabitkan seni warisan Melayu dari negeri Kelantan iaitu Dikir Barat”, katanya.

Pada Isnin, 20 November yang lalu pihak Sekretariat Festival Dikir Barat Pemuda UMNO dan Kementerian Kebudayan, Keseniaan dan Warisan telah pun mengadakan cabutan undi itu untuk menentukan giliran bagi pasukan Pemuda UMNO negeri-negeri membuat persembahan dalam pertandingan itu nanti.

Berikut giliran pasukan Pemuda UMNO negeri yang akan membuat persembahan :

1) Negeri Sembilan
2) Perlis
3) Melaka
4) Perak
5) Terengganu
6) Pahang
7) Wilayah Persekutuan
8) Pulau Pinang
9) Sabah
10) Selangor
11) Kedah
12) Johor

Setiap negeri akan diwakili oleh 25 orang peserta yang terdiri daripada ahli Pemuda negeri tersebut di mana pasukan negeri terbabit dilatih oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Pasukan Dikir Barat Pemuda UMNO Kelantan tidak akan menyertai pertandingan ini sebaliknya bakal membuat persembahan khas pada kemuncak festval ini nanti.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Bachok merangkap Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek Hussain akan turut hadir bagi memeriahkan lagi festival berkenaan.

Selain pameran berkenaan seni, budaya dan warisan negara, festival ini juga akan turut menyajikan permainan tradisi rakyat seperti permainan congkak, dam aji, sepak raga bulatan, serta diserikan lagi dengan penglibatan tokoh dikir barat tempatan seperti Megat Nordin, Abe Jali, Adik Alif, Osman Kering dan Cik Awee (Salam Pantai Timur).

Dipetik daripada Laman web Pemuda UMNO Malaysia


1 comments Thursday, November 23, 2006

Siapa yang nak bertanggungjawab?

0 comments Wednesday, November 22, 2006

MESYUARAT SEKOLAH ANGKAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
TARIKH: 26 NOVEMBER 2006
TEMPAT: SK PERUPOK, BACHOK

PPD Bachok berbesar hati kerana di pilih untuk menjadi tuan rumah mesyuarat tersebut. Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan sendiri oleh YBhg. Dato' Hj. Ahamad Bin Sipon, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Pengarah-pengarah pelajaran negeri juga akan menghadiri mesyuarat itu nanti.

Kepada semua yang terlibat... Selamat Datang Ke Bachok!

0 comments

MAJLIS PENYAMPAIAN KEPUTUSAN KENAIKAN PANGKAT DGA32 DAN DG44 (time-based)
GURU-GURU PPD BACHOK, KELANTAN

TARIKH: 30 NOVEMBER 2006
TEMPAT: PUSAT KOKURIKULUM JPN KELANTAN, TANGOK, BACHOK

Hampir 500 orang guru-guru di daerah Bachok mendapat khabar gembira kerana telah layak mendapat kenaikan pangkat secara 'time-based'. Guru-guru yang kini berada di gred DGA29 akan dinaikkan pangkat kepada gred DGA32 manakala penyandang gred DG41 dinaikkan pangkat kepada DG44. Majlis tersebut akan disempurnakan oleh YB Dato' DR. Awang Adek Bin Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Bachok.

Kenaikkan pangkat ini merupakan 'durian runtuh' kepada semua guru yang terlibat. Semoga dengan anugerah kenaikkan pangkat ini guru-guru di daerah Bachok akan lebih bersemangat dan membuktikan kewibawaan diri demi kemajuan pendidikan di Bachok.

Sekali lagi tahniah, dan yang penting jangan lupa untuk bersyukur serta berterima kasih kepada kerajaan yang ada hari ini. Anugerah yang diberikan itu tentunya bukan hanya sekadar nak 'menyohorr' tetapi harus dibalas dengan meningkatkan kecemerlangan prestasi pendidikan di Bachok.

0 comments


PERHATIAN!.... PERHATIAN!

Kepada semua Jurulatih ICT... boss dah bagi arahan "semua orang mesti ada blog masing-masing". So, nanti masa di Gua Musang bulan depan, kita boleh listkan blog kita semua, baru la meriah sikittt!

0 comments Tuesday, November 21, 2006

Hari ni..... anak-anak dgn maknya sekali nak belajar buat blog. Waaa ! semua nak ada blog sendiri. Ajar anak-anak sekejap je, then diorang leh buat sendiri. Nak ajar mak budak ni yang problemm sikit. Tapi akhirnya ok la jugak walaupun slow sikit. Ni baru betul bini JU ICT... :-) Ok, ni semua blog diorang.

http://www.suria7092.blogspot.com/


http://shaby27.blogspot.com/


http://sealme92.blogspot.com/


1 comments Sunday, November 19, 2006

8:00 PM

Petang tadi menghadiri Mesyuarat Festival Dikir Barat Pemuda di pejabat UMNO Bahagian. Festival ini anjuran Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Festival akan diadakan di IKBN Bachok pada 25 November 2006.

Pemuda UMNO Bachok khasnya dan UMNO Bachok amnya sangat berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh Pemuda UMNO Malaysia utuk menjadi tuan rumah kepada pertandingan dikir barat antara Pemuda UMNO seluruh Negara.

Namun begitu, oleh kerana Kelantan memang sudah tersohor dengan dikir barat maka Pemuda UMNO Kelantan berkecuali dalam pertandingan ini. Peserta hanyalah diantara Pemuda UMNO negeri-negeri yang lain sahaja.

Pemuda UMNO Kelantan dengan bangganya akan menjayakan festival yang julung-julung kalinya diadakan itu. Mari sama-sama kita kekalkan warisan bangsa dan menghayati persembahan dikir barat sebagai khazanah seni negara. Kunjungilah Festival Dikir Barat Pemuda nanti.

1 comments Friday, November 17, 2006

Dulu, Kini dan selamanya!

6:45 PM
Tahun ini t
ak dapat pergi ke Kuala Lumpur bersama-sama seluruh ahli UMNO keperhimpunan keramat kita. Minggu ini saya berada di Pulau Pinang, berkursus. Kursus yang saya hadiri juga boleh dianggap sebagai perhimpunan tahunan semua Jurulatih-Jurulatih Utama ICT, Jabatan Pelajaran Kelantan.

Walaupun tak dapat hadir, saya tak bimbang sangat kerana tahun ini Astro menyiarkan secara langsung. Selain daripada itu saya masih dapat mengatahui apa yang berlaku di Kuala Lumpur melalui TV UMNO secara online. Bercakap pasal TV UMNO ni, saya ada terdengar dari peserta kursus yang bercakap bahawa PAS sudah ada TV secara online, dan UMNO belum ada lagi. Bila terdengar saja di telinga saya, saya segera menyanggah kenyataan itu, UMNO juga telah lama mempunyai TV secara online. Cuma bezanya pernah melayari laman web UMNO atau tidak. Maka sahabat saya itu, barangkali tak penah melayari laman web UMNO.... :-). Ok... tonton tv UMNO di sini

http://www.umnotv.com/

Saya rasa itulah beza paling mudah antara orang UMNO dan orang PAS. Bagi saya apabila mahu mengetahui apa yang berlaku dalam dunia politik tanah air maka perlulah kita ambil maklumat daripada semua yang terlibat. Bila buka laman web parti, janganlah buka laman web parti kita saja.

Tahun ini nampaknya Presiden Parti menyampaikan ucapan yang paling ringkas, sesuai sebagai ucapan penutup. Itulah yang dibuktikan oleh Pah Lah dengan slogannya "bekerja bersama saya, bukan bekerja untuk saya". Tugas menggulung perbahasan nampaknya diserahkan sepenuhnya kepada pemimpin-pemimpin utama parti yang lain. Itulah tanda pemimpin yang bijaksana.