
Yang ni 'tukang peribadi' aku sedang beraksi. Wah! ada tukang peribadi... hehehe. Sebenarnya lebih kurang macam tu la kot, kerana Halim nilah yang buat rumah aku 10 tahun dulu. Masa buat rumah ni pun aku tak de bajet gak..... pakai buat je. Ada duit buat kerja. 3 tahun baru siap. Errrr... sebenarnya tak berapa siap kerana sampai hari ni aku tak mampu nak cat rumah aku ni.


Kura-kura ni masa aku beli saiznya besar sikit je dari syiling 50 sen, seekor RM7.00 sekarang ni dah sebesar tapak tangan. Awalnya aku ada 7 ekor, tapi sekarang ni dah tinggal 3 je, yang lain2nya dah hilang. Kura2 hijau ni kira aktif la jugak... asal aku datang je tepi kolam tu, mesti semua datang nak makan. Kolamm? haaa bab ni pun kira aku fikir cara yang mudah cam mana nak buat kolam? Aku beli saja besan yang paling besar ada kat kedai, hahaha! then bubuh je la enjin akuarium tu untuk bagi air tu bergerak dan ada air terjun sikit. Dalam kolam kecik tu pun dulu aku bubuh ikan mas.. tapi tiap minggu aku kena ganti, kerana bila balik kerja, ikan dah hilang. Masa tu pagar belum buat. Sekarang ni aku bubuh ikan kap malaysia je. Ikan yang orang buat umpan/makanan ikan kelisa, 10 ekor RM1.00. Kalau hilang pun tak sakit hati.


Opsss.... jangan tak caya. Taman ni memang aku yang buat. Bunga2 tu aku tanam. Orghe rumah aku tumpang tengok je dan sesekali tolong siram... hehehe. Tapi sekarang ni tengah ubahsuai semula taman tu... bunga pun aku baru ganti. Insya-Allah nanti, akan berjuntai2 la bunga kat lorong taman aku niii. Kat dinding simen tu pun aku dah tanam bunga supaya nanti akan menghijaui dinding tu. Sekarang ni dah mula naik menjalar tapi belum penuh lagi.

Orghe rumoh aku bukan tak minat bab tanam bunga ni, tapi kerana aku mungkin lebih berbakat dalam bab ni... hehehe, jadi dia tolong tengok je la. Dia sebenarnya ada projek lain... haaa nak tengok apa projek dia. Ni diaaa... sapa nak buat sambal boleh datang rumah aku, boleh dapat lada free. Orghe rumah aku ada banyak pokok lada. Yang ni kat tepi garaj kereta kat depan rumah. Sekarang ni dia tengah buat projek kebun sayur kat tepi rumah sebelah


Yang ini pula satu lagi tanaman orghe rumah aku... seraiii. Mugo dia dan anak-anak berehii make lauk singgang. Serai sebanyak ni memang tak habis makan, jadi sesiapa saja yang nak serai silakan ambil, free saja. Aku memang hairan sungguh bila tengok orang beli serai di pasar, padahal serai ni pacak je gerenti hidup. Kat kebun mini aku ni sebenarnya ada beberapa tanaman yang dah jarang2 orang sekarang ni tanam. aku ada tanam kunyit, lengkuas, kecor, pandan, kesom dan lain-lain. Semua tu sebenarnya senang je tanamnya, pacak & tinggal, gerenti hidup. Kat situ juga ada 2 pokok yang payah dah nak tengok hari ni. Pokok karapulai (daun kari), haaaa .... bab daun kari ni bila masa masak kari kepala ikan, time tu la yang pentingnya tu. Nak pakai 2-3 tangkai je, takkan la nak kena gi pasar. Satu lagi ialah pokok belimbing buluh, haaa.... yang ni bila masak gulai ikan kering, bubuh belimbing buluh baru la ngamm. Satu lagi akar belimbing buluh ni boleh buat ubat kencing maniss. Ramai la jugak yang datang nak mintak akarnya tu. Selain dari tu ada jugak limau kasturi dan limau nipis. Yang ni semua penting masa nak buat cicah ikan bakar dengan kicap tuu...

Emmmm....... aku ni memang ada bakat kot pasal tanam-menanam ni, hehehe.... bukan puji diri tu tapi memang dah hakikat, hahaha! Orghe rumah aku kata, apa saja yang aku tanam mesti hidup molek.... bangkali tangan sejuk kot, :-)
0 comments:
Post a Comment