Friday, December 22, 2006


22 Disember 2006
1 Zulhijjah 14
27
Pengantin berbulan madu di pusat banjir

JOHOR BAHRU 21 Dis. – Sepasang pengantin baru dari Kampung Laut Batu 10, Skudai di sini terpaksa berbulan madu di Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Sekolah Pu Sze, Skudai apabila rumah mereka dilanda banjir ketika pasangan tersebut baru hendak disandingkan.

Abdullah Muhari, 28, dan pasangannya, Misriah Osman, 22, pada Isnin lalu bersiap sedia untuk majlis persandingan terpaksa melupakan hasrat mereka apabila air Sungai Skudai tiba-tiba naik dengan begitu cepat ke seluruh kampung itu.

“Para tetamu yang ketika itu sedang menjamu selera segera meninggalkan rumah kami untuk menyelamatkan diri apabila kawasan perkhemahan perkahwinan mula digenangi air,’’ katanya ketika ditemui sedang membersihkan rumahnya hari ini.

Katanya, ketika kejadian, beliau dan isterinya yang lengkap berpakaian pengantin baru turun dari kereta dan sedang menuju ke pelamin untuk majlis persandingan terpaksa berpatah balik dan segera ke tempat lebih tinggi dan tidak dapat menyelamatkan apa-apa barang dalam rumahnya.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada pukul 2 petang itu menyebabkan kira-kira 300 orang tetamu yang sedang menjamu selera segera meninggalkan majlis manakala tetamu yang dalam perjalanan ke rumahnya terpaksa berpatah balik.

Dengan nada sedih sambil membelek-belek sebahagian barang hantaran yang telah diselaputi lumpur, beliau berkata, segala barang hantarannya musnah termasuk perabot, televisyen, peti sejuk dan keperluan asas lain yang turut rosak akibat banjir itu.

– Bernama

************************************************************************************************************

Kisah Pengantin Baru Lagi.

Alkisah, seorang pemuda miskin bernama Jamil, berasal dari Benut, Pontian. Keluarganya hanyalah keluarga sederhana.Tidaklah disebut miskin. Ayahnya sehari-hari bekerja sebagai tukang jahit dikampungnya. Karena kegigihannya, Jamil berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke UTM walaupun dengan perbelanjaan seadanya.

Semasa semester 3 di kampus, Jamil jatuh hati pada seorang gadis bernama Ayu Sofea, juga sama-sama kuliah di fakulti yang sama. Ayu adalah putri seorang tokoh korporat ternama di daerah Johor Bahru dan juga masih keturunan diraja. Walaupun secara ekonomi, mereka jauh berbeza,namun itu tidak menghalang keduanya untuk saling mencintai.

Ayah Ayu yang mengetahui putrinya begitu mencintai pemuda dari keturunan biasa, tak mampu mencegah gelora cinta putrinya. Maka setelah keduanya lulus, pernikahan keduanyapun diselenggarakan dengan meriah. Pesta besar-besaran diadakan untuk mengiringi nikahan. Ayah Jamil yang tak punya banyak harta, hanya dapat memberikan bantuan sumbangan pakaian,langsir,sarung bantal, yang semuanya dibuat dan dijahit sendiri khas untuk pernikahan anaknya.

Bahagiakah Ayu bersanding dengan Jamil ?

Ternyata kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Tibalah saatnya malam pengantin tiba. Mereka berduapun memasuki peraduan dengan bahagia. Namun,ketika Jamil membuka pakaiannya dan tinggal hanya memakai seluar dalam, berteriaklah Ayu dengan kuat, sebelum akhirnya pengsan tak sedarkan diri. Jamil masih dalam kebingungan dan tidak tahu kenapa isterinya histeria dan pengsan. Dilihatnya seluar dalam yang dipakai. Aduh!!! Jamil lupa yang seluar dalam itu dijahit oleh ayahnya, dibuat dari kain bekas bungkus tepung gandum. Di tengah seluar dalam itu masih terpampang jelas tulisan, "BERAT BERSIH 25 KG".

Sudah tentu Ayu terus pengsan melihatnya. Ayu tidak dapat membayangkan seberapa besar isinya dengan berat sebegitu.

Serius sangat membacanya......???!!!

p/s-jgn marah...


0 comments:

Post a Comment