0 comments Tuesday, May 22, 2007


Kursus Ternakan Ikan Keli Organik Dalam Kanvas

Skim Multi-Purpose Agro

20 - 22 Mei 2007 | Damai Beach Resort, Besut

Inilah pertama kali aku menghadiri kursus yang cukup istimewa. Kursus kali ini memang cukup berbeza dengan semua kursus yang pernah aku hadiri, kerana sebagai seorang guru, aku tidak pernah terfikir untuk mengikuti kursus yang berkaitan dengan bidang penternakan.

Walau pun begitu, aku sebenarnya memang amat berminat dalam bidang ini, cuma tidak berkesempatan untuk menghadirinya. Apabila YB Dato' Dr. Ilyas Husin, Wakil Rakyat kami membawa idea ini, aku tidak berlengah lagi untuk turut menyertainya.

Sebagai seorang yang berasal dari kampung, bidang ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing. Tambahan pula semasa sekolah dahulu aku memang dari aliran Sains Pertanian.

Aku telah lama sebenarnya duk berangan-angan, untuk menceburi bidang ini. Kawasan belakang rumah aku memang agak luas. Aku pernah terfikir untuk membeli beberapa tangki air bagi tujuan memelihara ikan. Kalau tidak untuk dijual pun, sekurang-kurangnya untuk kegunaan sendiri. Tetapi angan-angan itu sampai sekarang aku tak mampu jadikan realiti, kerana....... kosnya memang mahal.

Sehinggalah YB Dato Dr. Ilyas membuka peluang untuk sesiapa yang berminat dalam projek ternakan ikan keli seperti ini. Projek yang dibawa khas oleh ADUN Jelawat dengan kerjasama Multi-Purpose Agro (Malaysia) Sdn. Bhd. ini sememangnya sesuatu yang aku tunggu-tunggu.

Sejak awal-awal lagi... aku memang berniat untuk menceduk sebanyak mungkin ilmu dan teknologi yang ada daripada mereka yang berpengalaman. Cuma tidaklah pulak pernah menyangka akan menjadi Peserta Kursus Terbaik....

Peserta Kursus Terbaik?.............. emmm! macam tak percaya pulak. Rasa dalam mimpi je, bila Dato' Hamzah, CEO Multi-Purpose Agro (M) Sdn. Bhd. kata, beliau telah memilih seorang peserta kursus sebagai peserta terbaik dan peserta contoh di kalangan 144 orang yang berkursus.

Namun, yang pastinya..... apabila diumumkan sebagai 'peserta kursus terbaik'..... aku melihatnya sebagai satu cabaran daripada Dato' Hamzah. Dan Insya-Allah aku akan sahut cabaran itu.

| Kenangan Semasa Berkursus |

Dato Hamzah, CEO Multi-Purpose Agro (M) Sdn. Bhd. tidak jemu-jemu melayan dan menjawab setiap pertanyaan peserta kursus.










Sedang mencungkil rahsia-rahsia dan tips ternakan ikan keli....... Hehehe!.... Dato Hamzah kata, siapa yang nak tau rahsia tu kena tanya aku.







Cuba teka....... apakah jantina ikan keli ini
?
Dato' Nur Nerrynna, Chairman Multi-Purpose Agro kata....
"ni subjek 18SX ni....."







Menerima gelaran peserta kursus terbaik daripada YB Dato' Dr. Ilyas Husin, ADUN Jelawat


Bakal Usahawan Tani.......



0 comments


KURSUS TERNAKAN IKAN KELI ORGANIK DALAM KANVAS
ANJURAN
Pusat Khidmat Rakyat DUN Jelawat
&
Multi-Purpose Agro (Malaysia) Sdn. Bhd.
20 - 22 Mei 2007 | Damai Beach Resort, Besut, Terangganu


Seramai 144 orang peserta telah menghadiri kursus sebagai perintis Program Melahirkan Usahawan Tani melalui Skim Multi-Purpose Agro. Kursus hasil usaha YB Dato' Dr. Hj. Ilias Husain, Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (Kelantan) yang juga ADUN Jelawat.

Cetusan Idea YB. Dato' Dr. Ilyas yang sentiasa memikirkan dan mencari jalan untuk memberi peluang kepada rakyat di Jelawat khususnya dan Bachok amnya, untuk meningkatkan ekonomi keluarga telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Pejabat Pusat Khidmat Rakyat DUN Jelawat telah 'diserbu' untuk mendapatkan borang permohonan.

Akibat sambutan yang sangat menggalakkan, Kursus Ternakan Ikan Keli Organik Dalam Kanvas yang asalnya disediakan untuk 150 orang terpaksa di adakan dalam tiga kumpulan.

Kumpulan pertama telah selesai berkursus, dan akan disusuli oleh dua lagi kumpulan yang akan berkursus. Sepanjang kursus yang diadakan di Damai Beach Resort, Besut ini diadakan YB. Dato' Dr. Ilyas sentiasa mengikuti perkembangan dan menilai prestasi peserta. Ternyata, peserta-peserta kursus sangat komited dan berminat, walaupun terpaksa mengeluarkan sedikit perbelanjaan sendiri bagi mengikuti kursus ini.

Sebagai mana yang telah YB. Dato Dr. Ilyas katakan, beliau amat berpuas hati dengan semangat peserta kursus kerana sanggup dan berani untuk menghadapi risiko jika hendak melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

"Saya telah berusaha untuk menunjukkan jalan, dan terpulanglah kepada anda semua untuk merebutnya. Bukan saya tidak mahu menanggung 100% perbelanjaan peserta menghadiri kursus ini, tetapi saya hendak lihat orang melayu berani dan sanggup untuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri, tidak semata-mata mengharapkan bantuan kerajaan sahaja," kata beliau.

"Bidang perniagaan penuh dengan risiko, namun dengan semangat dan sedikit usaha, tidak mustahil peserta-peserta kursus ini akan berjaya. Sebagai Wakil Rakyat, saya akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan apa juga bantuan yang sesuai daripada kerajaan. Sekiranya peserta-peserta kursus hari ini berani menyahut cabaran, saya percaya kerajaan tidak akan teragak-agak untuk memberikan apa juga bantuan yang layak kepada anda semua," ujar beliau lagi.

Kursus yang dikendalikan oleh Multi-Purpose Agro (Malaysia) Sdn. Bhd. ini merupakan satu contoh untuk menggerakkan usaha melahirkan Usahawan Tani, sebagaimana hasrat kerajaan untuk melahirkan 40,000 orang Usahawan Tani dalam tempoh 10 - 15 tahun akan datang.

Insya-Allah dengan langkah pertama ini, peserta-peserta kursus akan berpeluang menceburi bidang ternakan ikan air tawar dengan aplikasi teknologi biotek dan ICT. Usaha kecil ini akan digabungkan untuk menjadi kumpulan yang besar dan teguh. Tidak mustahil satu hari nanti, Daerah Jelawat akan menjadi pusat pengeluaran ikan keli yang utama di negeri Kelantan.



0 comments Tuesday, May 15, 2007

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

(Dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;


Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

0 comments Sunday, May 13, 2007


Kursus Pengendalian Peralatan PPSMI FasaV
Tarikh: 13 Mei 2007
Tempat: SK Kemudi, Bachok

Fasilitator
Cik Azira Abdul Manaf
En. Hasmizan

Kolej Shahputra Kuantan




*************************************

p/s
Dah lama tak jadi peserta kursus, sonok jugakkk..... hehehe!

0 comments Saturday, May 12, 2007

0 comments Thursday, May 10, 2007

0 comments Wednesday, May 9, 2007

Tak tau nak buat yang mana satu.... kerja banyak, nak siapkan yang mana satu dulu? Minggu ni di sekolah bz buat operasi sediakan bilik tayangan/bilik P&P. Aku siapkan satu bilik darjah yang agak lengkap dengan alatan ICT untuk kemudahan aku mengajar.

Mulai minggu ini, tak payah la aku turun naik tangga masuk kelas. Sekarang aku tunggu saja dalam bilik tu, tak la berpeluh ke sana kemari. Maklumlah bilik darjah bukan ada aircon, dan aku memang jenis yang cepat berpeluh.

Tadi GB pun dah datang tengok bilik yang aku siapkan tu. Aku sebenarnya nak senangkan kerja aku je. Tak payah usung laptop dan LCD ke sana kemari. Dalam bilik ni, semua tu dah pasang siap-siap dan sementara pertukaran kelas, aku dah boleh ready dengan bahan untuk mengajar. Aku malas nak menulis guna kapur ni, berdebu dan tambahan pula tulisan aku lebih kurang dengan tulisan doktor, takut naya je bebudak nak baca tulisan aku... hehehe!

Aku selalu kata kepada kawan-kawan.... kerajaan sudah bekalkan peralatan ICT yang cukup canggih. Terpulanglah kepada kita nak guna atau tidak. Peralatan itu hanyalah sekadar 'peralatan' sahaja. Kalau cikgu-cikgu masih nak gunakan kapur, manila kad..... silakan! Cumanya kita ada pilihan untuk menggunakan laptop dan LCD projektor, dan semua yang kita tulis guna kapur atau atas manila kad itu boleh digantikan dengan menggunakan powerpoint atau apa-apa saja software yang lain. Pilihan ditangan anda. Bagi aku..... aku cukup berterima kasih kepada kerajaan yang membekalkan peralatan ICT kepada guru-guru. Tambah berterima kasih lagi apabila... gaji pun naik, hehehe!

Kepada rakan-rakan sekelian........ jangan jadi macam cikgu kat bawah ni sudahlah!

Kurang ajauu punya cikgu!

******************************************************************

p/s
jangan ada sesiapa pulak fikir aku buat blog ni dengan laptop kerajaan.... hahaha! Kat rumah aku ada laptop sendiri! Alaa... laptop murah je sekarang ni!



0 comments Thursday, May 3, 2007





Yang ini peminat ular. Kebetulan kat kebun di belakang rumah aku ni, memang selalu ada ular pucuk.

Dah banyak ekor yang Ilah tangkap.Semua ular mesti lari bila nampak Ilah.

Mak dia memang awal-awal lagi la lari jauh-jauh.

0 comments


"Wahh.... cantiknya anak abahh"

"Macam Nabila laaaa" "Iya nak jadi Nabila ke?"

"Deekkkkk..... bukeeeee" "Ini Iya laaa, buke Nabila", rungut anak bongsu aku ni sambil tarik muka.

"Iya nak jadi dokterrrr, buke Nabila", katanya lagi.

Aku hanya senyum sahaja. Lepas tu Sofia meneruskan 'posing' dengan tudung barunya itu.






0 comments

Hari ini menghadiri Jamuan Keraian yang dibuat oleh bekas rakan-rakan di SK Badak. Jamuan di New Horizon Garden ini, adalah majlis 2+1, iaitu meraikan kedatangan guru-guru baru dan merestui pemergian yang bertukar ke sekolah lain.

Tahun ini seramai 5 orang bertukar sekolah dan 5 orang juga yang baru masuk.

Bagi aku, akhirnya majlis ini hadir juga. Selama 12 tahun di SK Badak, penuh dengan kenangan. Maklumlah dari kurus sampai gemuk..... dari rambut hitam sampai beruban (psttt.... dari orang sayang sampai orang benci, hehehe!)

Sedar tak sedar sudah 17 tahun aku bekerja dengan kerajaan... terima kasih kerajaan!

Walaupun aku bertukar sekolah tahun ini, tapi sebenarnya tak rasa sangat kerana jarak sekolah lama dengan yang baru hanya 2 KM sahaja..... hehehe!


Keputusan untuk bertukar sekolah ini hanyalah sekadar untuk melakukan 'refresh' sahaja sebenarnya.

Maklumlah bila sudah terlalu lama bekerja di satu tempat, rasanya sudah jadi seperti tong yang penuh.... kalau diisi lagi.... melimpah la!

Aku analogikan pertukaran ini seperti upgred komputer..... kira macam format hardisk la ni.

Kepada rakan-rakan.... terima kasih atas segalanya.



0 comments Wednesday, May 2, 2007

Kepada hamba Allah yang masih mengatakan Islam Hadhari adalah agama ciptaan baru.......

Bacalah dengan hati dan minda yang terbuka. Sentiasalah berlapang dada dan berbaik sangka!
Kecuali kalau hati dan minda anda sudah berkarat!

Islam Hadhari bukanlah satu ajaran baru, ianya adalah ajaran Islam yang sebenar yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah ( Islam Fundamental ). Hal ini bukanlah satu perkara yang baru kerana agama Islam adalah satu agama yang syumul; agama yang sesuai sepanjang zaman dan agama yang merentasi sempadan tempat dan waktu. Malah penggunaan istilah 'Hadhari' telahpun digunakan oleh ilmuan Islam sejak dari dulu lagi seperti Ibnu Khaldun dalam kitab agungnya 'Al-Muqaddimah' dan pemikir al-Jazair iaitu Malik Bennabi yang cenderung menggunakan istilah 'hadhara' yang dianggap hampir kepada maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual. ( Siri Monografi Islam Hadhari Terengganu Bistari , m/s 3 - Idris Jusoh )

Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun menyeluruh - yang berupaya menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing bangsa Melayu dan umat Islam amnya. Islam Hadhari akan menjadikan warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam masa lampau sebagai pendorong kepada pembangunan dan kemajuan tamadun umat Islam masa kini dalam semua bidang kehidupan.

Lantaran itu Islam Hadhari telahpun dijadikan satu kerangka Dasar Nasional yang akan dijadikan sebagai asas di dalam perancangan pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara Islam Maju menjelang Tahun 2020. Dalam erti kata lain, Wawasan 2020 yang telah dijadikan sebagai 'mainstream' negara selama ini haruslah berpaksikan kepada ruh Islami atau dalam istilah yang lebih progresifnya ialah Islam Hadhari . Inilah rahsia yang tersurat disebalik kesungguhan kepimpinan negara di bawah teraju YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan Islam Hadhari.

Artikel penuh...... baca
http://www.islamhadhari.net/v4/prinsip/index.php