0 comments Thursday, June 19, 2008

Kepada saing sobat, tetamu dan semuanya yang selalu, kad'dang-kad'dang atau pun yang jharang-jharang mengunjungi blog saya....

'Orghe Luar' di http://shifu67.blogspot.com/

terima kasih saya ucapkan.

Untuk seterusnya saya menjemput belako-belako kunjungi pula blog saya yang terkini..... sila klik banner di bawah

Terima Kasih

0 comments Sunday, March 30, 2008

Akui silap abai kempen secara siber

KUALA LUMPUR 25 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengakui kesilapan besarnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 ialah mengabaikan kempen secara siber dalam Internet yang telah digunakan sepenuhnya oleh parti- parti pembangkang.

‘‘Kita telah melakukan kesilapan serius kerana menganggapnya tidak penting dan kita ingat yang penting ialah akhbar dan televisyen.

‘‘Tetapi generasi muda membaca blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

‘‘Kita pastinya telah tewas dalam perang Internet, perang siber. Saya telah melihat keputusan pilihan raya dan wujud keperluan untuk berubah,’’ kata Abdullah semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pelaburan Malaysia 2008 di sini hari ini.

Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Abdullah mencatat prestasi terburuk dalam sejarah pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, dengan lima negeri jatuh ke tangan pembangkang dan hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Parti pembangkang, yang tidak mendapat layanan di media arus perdana, menggunakan kempen secara dalam talian menerusi blog, laman web berita dan SMS menerusi telefon bimbit.

Dalam konteks ini, Abdullah berkata, kerajaan BN bersedia untuk melakukan perubahan dan memberi maklum balas secara berkesan serta memperkasa golongan muda di negara ini.

‘‘Ia adalah sesuatu yang memedihkan, namun ia berlaku tepat pada masanya, bukan sesuatu yang sudah terlambat,’’ kata beliau.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang tidak jumud atau terkurung dalam dogmatisme.

‘‘BN adalah kerajaan yang praktikal, yang lebih daripada bersedia untuk mendengar suara rakyat. Paling utama, ia adalah kerajaan yang bersedia untuk berubah dan menangani kebimbangan serta aduan rakyat,’’ ujar beliau.

Beliau berkata, kerajaan BN bersedia berubah dan memiliki keupayaan untuk berubah serta yakin untuk berjaya, seterusnya mencapai wawasan sebuah negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

0 comments Saturday, March 29, 2008

Hari ni nak try guna servis WLW... kalau ok boleh la guna.

0 comments Saturday, December 8, 2007

Sebelum tiba musim cuti sekolah hari tu, banyak perancangan yang hendak dibuat (diselesaikan). Selain daripada rutin biasa, ada beberapa perkara yang di luar rutin kononnya hendak dibuat.

Malangnya... tup tap tup tap.... lebih kurang 3 minggu saja lagi sekolah akan buka semula. Dan billa lihat kepada senarai.... nampaknya satu pun tak buat.

Sebenarnya semangat tak ada kerana 'mem' jauh di mata. Langsung tak ada mood nak buat apa-apa kerana tiada teman di sisi.

Akhirnya aku hanya terperuk di depan laptop ini sahaja, walaupun selalunya pun memang begitu kerana banyak kerja aku melibatkan laptop (laptop ni pun disediakan untuk menyelesaikan/menguruskan kerja yang diamanahkan oleh tuan punya laptop)

Aktiviti musim cuti.....

Aku menyertai kumpulan 'mengaji' kitab bersama beberapa sanak saudara dan jiran-jiran. Setaro mana mampu bertahan untuk 'menadah' kitab ni tak tahulah.... mudah-mudahan dikuatkan iman dan kudrat untuk tabah 'mengaji'.

Perancangannya hendak 'mengaji' empat perkara....

Minggu 1. Usuluddin
Minggu2. Feqah
Minggu 3. Tasawuf
Minggu 4. Al-Quran.

Begitulah pusingan jadualnya........ mudah-mudahan mampu bertahan.

20/11/2007.... 'Mem' masuk USM, nampaknya kena jadi 'pengasuh'lah aku bulan ni. Bila 'mem' tak ada di rumah (di sisi) faham-faham je la...... hidup pun jadi tak ada 'semangat' jahh! huhuhu!

24/11/2007.... berada di Sudara Beach Resort kerana menghadiri Mesyuarat Agung DPIMNK. Perasmian dilakukan oleh Dato Nuar... aku tunggu nak dengar ucapan Dato Nuar je, kerana lama tak dengar dia bekecek.

25/11/2007.... jadi 'cameraman' dalam majlis penyampaian sijil kenaikan pangkat DGA29 ke DGA32 PPD Bachok. Aku dah lama 'pencen' bab ambil gambar ni, tapi kerana saing-saing di PPD minta tolong aku pegi jugak lah.

26/11/2007.... hantar anak ke PSPN kerana menghadiri seminar menjawab soalan untuk bakal calon UPSR 2008. Jadualnya sampai petang. Aku pergi ke Pejabat Perhubungan UMNO negeri kerana hendak ambil/install program 'SMART UMNO' kerana laptop baru 'format' Kalau tak ada program tu jenuh aku nak berjawab dengan 'tuan' laptop, kerana maklumlah 'edah' pilihanraya pun dah dekat ni.

27/11/2007.... Perjumpaan Jentera Pilihanraya Parlimen Bachok dengan DUN Jelawat

29/11/2007.... Mesyarat Jentera Pilihanraya DUN Jelawat

01/12/2007.... 'Mem' balik bercuti 4 hari.... yeeeeee! Sepatutnya pergi ke Terengganu pada 3/11 tapi kerana 'mem' baru balik dan kena hantarnya semula pada 4/11 aku terpaksa tangguh pergi Ghanu.

05/12/2007.... Mulanya bercadang nak pergi Ghanu selepas subuh, tapi lepas subuh sambung tidur, sedar-sedar dah pukul 8:00 lebih. Tapi memang aku tak perlu tergesa-gesa ke sana kerana petang ni selalunya 'aktiviti bebas' untuk peserta kursus.

06/12/2007.... Pagi ni 'slot' aku bagi ceramah.... peserta kursus ustad dan ustazah, maka kena la sediakan bahan yang sesuai dengan mereka. Petangnya balik dalam hujan. Malamnya ada mesyuarat 'khas' Jentera DUN.

07/12/2007.... Menghadiri majlis pelancaran Jentera Pilihanraya Parlimen Bachok dan Jentera Pilihanraya DUN-DUN secara rasmi.

Hari ini, lewat pergi 'mengaji'..... mujur ustad pun lewat jugak.

Petang ni.... ada Konvensyen Ketua Peti Undi di Kota Bharu..... kalau larat nak pergi tengok.... kalau larat la!

Emmmm........ dah masuk petang, perut pun dah lapar. Hari ni anak aku masak apalah agaknya?




1 comments Wednesday, November 21, 2007

Minggu ini buat pertama kalinya jadi 'bapa tunggal' untuk tempoh yang agak panjang. 'Mem Besar' masuk kampus selama 3 minggu. Ramai lah yang jadi 'pengasuh' bulan ni

Tahun ini barangkali tahun yang agak penting bagi kami sekeluarga. Tahun ini 3 peristiwa besar berlaku dalam keluarga kami.

1. Mem Besar - sah menjadi siswazah USM (sistua)
2. Kakak (Shabirah) - menduduki SPM
3. Kak Ngah (Silmi) - menduduki PMR

Selama 3 minggu ini aku jadi pengasuhlah jawabnya. Tapi demi memenuhi impian isteri tersayang... tak apalah.

Pemergiannya ke kampus USM kami iringi dengan doa.... selamat berjuang!

Buat anak-anak pula... semoga berjaya dalam peperiksaan masing-masing.

Abah selalu berpesan... "keputusan peperiksaan itu bukan untuk abah atau mak, tetapi untuk diri kamu sendiri, demi masa depan dan haluan kamu sendiri. Abah dengan mak tak ada harta untuk diwariskan".

Abah dengan mak hanya mendoakan agar anak-anak berjaya dan menjadi contoh kepada adik-adik.